Followers

Novel dan Aku

Assalamualaikum...


Nak tanya gang-gang blog sekelian, siapa minat gila-gila dengan novel di kalangan anda??? Just nak info, 27 April nanti sampai 1 Mei kalu tak silap, ada pesta buku besar besaran di PWTC... aku nak ikut pergi tapi yerlahhhh takkan lah sebab tu nak berabih duit kan naik BELON?  Lagi satu, 18hb Mac ni, penulis novel Lafazkan Kalimah Cintamu, Andai itu Takdirnya, Cinta Kau dan Aku dan 7 Hari Mencintaiku iaitu Siti Rosmizah akan datang untuk sesi bertemu peminat di Popular Tun Jugah.... teruja hati ku nak pergi hari tu, tapi banyak sangat komitmen yang perlu aku settle kan terlebih dahulu sebelum dapat singgah kat sana... Itu pun kalu sempat.... kalu tak sempat apa boleh buat.... =(


Bagi aku novel antara bahan-bahan yang membuat aku jadi BUKAN AKU... hehehe. Faham? Tak faham? Novel buat aku berangan macam jadi heroin pulak dalam sesuatu novel tuh... Eewwww... dah tua bangka lagi nak romantik macam remaja.. Tol tak? Tapi tak pe, aku romantik dengan novel jek... bukan dengan orang lain pun... Setakat ini, aku ada lebih 100++ buah novel yang aku langgan since tahun 2000 agak nya... lupa beb tahun bila start gila sangat dengan novel nih.... Masa tu, masih tinggal kat Bintulu jadi stok terbaru novel memang susah nak dapat.


Tapi since aku pindah balik kat Kuching, semua BOOKSTORE yang ada kat Kuching ini aku dah jadi member... hehe.  Kalu jadi member ada diskaun 10%-20%... tak le rugi sangat nak beli banyak-banyak... Aku pernah spend abiskan duit sampe RM100++ kerana novel.  And ada novel yang sampai sekarang tunggu giliran nak dibaca....

Kalu facebook ku pulak, lebih kurang ada 20-30 orang kalu tak silap novelist-novelist yang menjadi friendlist ku hehehe...kalu ada yang minat gila-gila kat Aaron Aziz, aku pulak minat gila-gila dengan penulis-penulis novel yang berbakat ini.... And yes, aku ada satu blog khas untuk novel ku.... sila click di sini (kalau sudi berkongsi minat yang sama dengan ku) untuk mengetahui perkembangan novel-novel yang ada dalam simpanan ku.

Itu facebook, dalam kereta ku pulak lebih kurang 3 atau 4 buah novel yang tersimpan tunggu giliran nak baca... anak-anak, mr Asben, adik-adik dan mak ku sekalipun dah faham sangat dengan hobi mak/isteri/kakak/anak mereka yg melampau nih.... sampai ada kawan-kawan ku bilang KAK YUS minat novel tahap cipan HAHAHHAHA... mana tak nya, satu hari aku pernah kantoi di tegur oleh kawan seofis, "kau sempat baca buku time tunggu api hijau kat treffik light???" hehehe aku senyum jek... yer lah daripada aku termenong pandang kiri kanan, baik aku baca ye tak? (yer lah tuuuu, kalu jumpa polis traffic padan muka).... gilerzzz (jangan tiru tabiat aku)

Untuk mereka yang minat atau tidak minat dengan novel, aku nak rekomen satu novel yang tak jemu aku baca. Kalu sekali anda dah baca novel ni, IM VERY SURE, pasti anda akan ulang baca sekali lagi.... hehehe

Ini dia novel yang aku recommend kan tu... Kisah percintaan yang berdasarkan Islamik...Very the romantik one.... Imajinkan hero nya seiras dengan pelakon Korea mix Us (Dennis Oh)
dan heroin nya pulak Hana Tajima...
 Aku betol-betol cadangkan korang baca novel ni....
sure senyum sorang nanti..  WA GELENTI....haha

Apa-apa pun, hobby as a hobby tapi kalu aku tukar hobby pergi jadi KARIER boleh tak??? hehehe.... berangan lagi.....

BYE...!!

0 kamu yang sporting:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive