Followers


Daisypath Anniversary tickers

Ingatlah Mati itu Datang Tiba-tiba....

First time dalam hidupku melihat secara live orang-orang ambulance sedang berusaha membantu untuk mencari "nyawa" kepada seseorang yang sedang dalam keadaan tidak sedarkan diri.  Isnin yang lalu 9hb Julai 2012, sehari selepas ayahanda saya Haji Serojai bin Samat menyambut kelahirannya yang ke 66 tahun, kami sekeluarga menerima berita yang paling sedih untuk tahun ini. 

Ajal maut di tangan Allah SWT.  Hari ini kita sihat, esok belum tentu, seminit yang lalu kita hidup, beberapa minit kemudian belum tentu... Begitulah yang terjadi kepada bapak saudara ku yang pergi meninggalkan kami sekeluarga dengan mudah nya pada petang Isnin yang lepas.  Mungkin kepenatan selepas memotong Pokok Pisang di belakang rumah, dia merehatkan diri nya di kaki tangga dan beberapa minit kemudian di temui oleh orang-orang kampong dalam keadaan yang rebah tidak sedar kan diri.  

Innalillahwainnalillahirajiun.... Dari tanah kita dijadikan, ke tanah juga kita akan dikembalikan... On the way bapak and mak nak membawa dia pergi ke klinik yang berdekatan, mereka bertembung dengan kereta ambulan yang kebetulan memang sudah di panggil oleh penduduk kampung selepas sahaja kejadian itu berlaku. Yalah dalam kesesakan lalu lintas (hot time kerana orang balik kerja), memang agak payah untuk segera datang ke tempat kejadian... lagi pun kampung kami itu terletak jauh dari bandar Kuching, pengangkutan paling cepat nak sampai adalah menyeberang Sungai Sarawak. Apabila pihak ambulan perasan dengan isyarat lampu yang diberi kan oleh mak saya, maka mereka berhenti di tepi jalan dan terus membuat pemeriksaan ke atas bapak saudara aku dan mereka mengesahkan bahawa bapak saudara ku dah tiada. Oleh kerana dia  seorang bujang yang tidak berkeluarga, maka bapak ku mahu supaya jenazah dia diuruskan di rumah kami .    

Di rumah kami, pihak ambulan sekali lagi cuba untuk membuktikan tekaan mereka salah.  Mereka cuba beberapa kali dengan memberi rawatan kecemasan. Bila cubaan mereka gagal, maka mereka mengesahkan bahawa bapak saudara ku telah meninggal dunia sekitar pukul 5.00 petang.  Berkali-kali mereka meminta maaf kerana lambat sampai ke tempat kejadian.  Ada 5 orang rupa-rupa nya didalam kereta NYOYENG NYONYENG itu... 2 dresar, pemandu, pembantu doktor dan jururawat.  Kami sekeluarga amat memahami dengan keadaan lalu lintas masa itu.  Kami pun terfikir jugak bahawa bapak saudara saya memang telah pergi meninggalkan dunia sejurus waktu dia ditemui rebah oleh budak-budak kampung yang kebetulan sedang bermain futsal di kawasan yang berhampiran.

Kami sekeluarga sangat-sangat berterima kasih kepada jiran sekampung yang telah menghubungi Pak su aku dengan kadar segera memaklumkan kejadian tersebut.  Terima kasih yang tidak terhingga kerana sebagai orang bujang yang hidup keseorangan, adik beradik jauh dari sisi, maka mereka-mereka lah yang selalu memerhati gerak geri bapak saudara ku.  Andai kata mereka tidak melihat dia dalam masa sehari, sure mereka akan menghubungi Pak Su, supaya datang untuk melawat dia. Allah SWT maha mengetahui.  Digerakkan nya hati bapak saudara ku untuk menebang pokok pisang. Lepas itu pengsan dan terus diambik nyawanya di halaman rumah diwaktu orang ramai sedang berduyun-duyun untuk balik dari kerja dan di masa yang sama ramai budak-budak sedang bermain di kawasan berhampiran.  Apa akan terjadi andai kata dia sempat naik ke rumah dan pengsan di dalam rumah tanpa di ketahui oleh jiran-jiran? A'uzubillahmizalik... 

Allahyarham BUJANG BIN SAMAT dalam kenangan. Seorang yang sihat walafiat tanpa sebarang penyakit telah meninggal dunia dalam usia 68 tahun. Mudah nya Allah SWT mengatur kematian mu WA... Kami yang ditinggalkan belum tentu lagi bagaimana. Jangan sesekali kita berfikir hanya orang sakit sahaja yang akan dijemput Allah SWT untuk pergi kembali kepada nya. Sekali dia sebut KUN FA YA KUN maka berguguran lah daun itu....  Semoga roh mu di tempatkan dikalangan mereka yang beriman. Aminnnn  Al-Fatihah.......

Untuk pengetahuan anda semua, sebenar nya ada 4 kematian berlaku di tempat kami hari Isnin yang lepas, salah seorang pun dengan mudah dia meninggal dunia, dalam usia baru menjejak 39  tahun, saudara ZAMRI BIN SAIT atau lebih dikenali oleh rakan-rakan dengan panggilan BOB, telah dijumpai oleh keluarga nya meninggal dunia dalam tidur.  Hanya disedari oleh bonda Allahyarham bila mendengar Allahyarham berdengkur pelik sekali.  Rupa-rupanya itu adalah tarikan nafas nya yang terakhir... Al-Fatihah untuk saudara Zamri bin Sait, semoga roh mu di tempatkan dikalangan mereka yang beriman... Aminnnnnn....

Assalamualaikum!

Kejadian 9hb Julai 2012, memberi pengajaran berguna kepada kami dan aku khusus nya.... ALLAH HU AKBAR



0 kamu yang sporting:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive