Followers


Daisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label guro ajak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label guro ajak. Papar semua catatan

K RELEASE TENSEN!

Lawak No 1

Seorang doktor di sebuah hospital sakit jiwa berjalan-jalan di sekitar wad untuk melawat para pesakitnya. Semasa berjalan, doktor itu tiba-tiba terdengar suara orang menyanyi. Kuat sungguh suara orang itu, kalah Amy Search.


Setelah puas mencari, barulah doktor tersebut menyedari suara itu datangnya dari sebuah bilik berhampiran, dan yang menyanyi itu pula melalak dengan penuh perasaan seolah-olah dirinya adalah Amy Search.

Tapi yang hairannya, mula-mula doktor tersebut melihat pesakit itu menyanyi dalam keadaan terlentang. Tiba-tiba tak lama kemudian dia meniarap pula. Doktor itu terus bertanya. "Kenapa tadi pakcik menyanyi terlentang... tapi sekarang meniarap pula?"

Jawab pesakit itu, "Ooo tadi side A... sekarang ini side B pulak."


Lawak No 2

Seorang lelaki dengan tergesa-gesa pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya.

"Apa yang hendak di tulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis yang bertugas di kaunter.

"Mmm...tulis aja 'Sayang tidak bertambah tua' di bahagian atas, selepas itu 'Sayang cuma bertambah cantik' di bahagian bawah." kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki tersebut datang mengambil kek yang ditempah itu dan terus membawanya pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang dalam satu majlis yang gilang-gemilang. Ketika kek itu di buka di depan isteri, anak-anak dan 50 orang tetamu undangan, lelaki itu terus pengsan. Kemudian isteri lelaki itu pula pengsan kerana di atas kek itu tertulis perkataan...


"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS, SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."

He..he... faham sik? Jangan dirty minded dolok heh!


Lawak No 3

Suatu hari diadakan pertandingan menahan bau di dalam sebuah bilik kecil yang di dalamnya terdapat 10 ekor kambing.


Peserta pertama dari Amerika... baru tiga minit dia keluar sambil muntah-muntah.


Peserta kedua dari Jepun... 10 minit kemudian dia pengsan.


Peserta ketiga dari Afrika, dia dapat bertahan 30 minit tapi akhirnya keluar sambil menekan-nekan kepalanya.


Terakhir peserta dari Bangladesh... baru satu minit, 10 ekor kambing itu berebut-rebut keluar dan muntah-muntah!


p/s Sapa lebih bau maaa... (^!^)

k kelak jumpa agik... SALAM

K RINDOK ATI AJAK

Sebenarnya aku tengahlah amat boring waktu tok.. sambil ku bukak blog tok, sambil aku nanga fb juak... sunyek jak fb 2 aritok... maklumlah org nak selalu berkomen-komen dalam fb aku semua pergi holiday... sorang pegi ke Miri, sorang pegi ke KK, sorang gik pegi ke Kuching... Dalam-dalam boring tok timbul juak idea tok.. p not 100% idea akulah...

Hmmm... aku tok gila maca... antara majalah yang aku sik panday mis maca ialah MASTIKA! Antara bab-bab yang aku suka maca dlm majalah tok ialah SEMBANG PISANG... Tok aku naip k baca kitak org juak... k tetak ajak bah...! n ada sikit peringatan lah untuk mereka-mereka yang udah kawen (^!^) ...

Bos berkata kepada setiausaha: Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan semuanya.


Setiausaha menelefon suaminya: Bos dan saya akan outstation selama seminggu, abang pandai-pandailah jaga diri nanti, ya!


Suami menelefon buah hatinya: Yahoo... isteri saya akan outstation selama seminggu jadi, marilah kita habiskan masa bersama-sama.


Buah hati menelefon anak muridnya: Saya kena outstation selama seminggu, jadi awak tak perlulah datang untuk tuisyen.

Anak murid menelefon atuknya: Atuk... saya tidak ada kelas tuisyen selama seminggu sebab cikgu saya sibuk... atuk datanglah ke sini.


Atuk yang kaya raya menelefon setiausaha: Minggu ini saya habiskan masa dengan cucu. Saya batalkan outstation itu...


Setiausaha menelefon suaminya: Minggu ini bos ada kerja lain, kami dah batalkan outstation itu.


Suami menelefon buah hatinya: Sayang... kita tak dapat nak habiskan masa bersama minggu ini, isteri saya dah batalkan outstationnya.


Buah hati menelefon muridnya: Minggu ini kelas tuisyen macam biasa...


Anak murid menelefon atuknya: Atuk, cikgu saya cakap minggu ini saya kena pergi kelas tuisyen. Sorry, saya tak boleh temankan atuk!


Atuk menelefon setiausahanya: Jangan risau, minggu ini kita outstation. Jadi uruskan semuanya...



Cam tulah ia berulang-ulang kejadiannya... he..he... ada pengajaran sik? Ada juak nak??? Beringat sebelum terkena...heh..heh..heh!

Tok lawak no 2:-

Ada 3 ekor pontianak, masing-masing nak menunjukkan kehebatan mereka.


Pontianak 1: Kamu berdua percaya tak, dalam satu jam, aku boleh hisap semua darah penduduk kampung ini... Kalau tak percaya sini aku buktikan. Lalu terbanglah pontianak 1 itu dan dalam masa satu jam dia pun kembali ke tempat mereka lepak tadi dengan mukanya berlumuran darah.


Pontianak 2 : Huh! Aku lagi hebat... aku boleh hisap semua darah penduduk bandar ini dalam masa setengah jam sahaja! Lalu terbanglah pontianak 2 itu dan masa setengah jam kemudian dia pun kembali lagi dengan mukanya berlumuran darah...


Pontianak 3: Aku lagi hebat. Aku dapat menghisap darah seluruh penduduk negeri ini dalam masa 1 minit sahaja... Lalu terbanglah ia untuk membuktikan kebolehannya.


Tidak sampai 1 minit pontianak 3 sudah kembali ke tempat lepak mereka sebentar tadi dengan berlumuran darah di muka. Maka kagumlah pontianak 1 dan pontianak 2.


Pontianak 1 dan 2: Wah! Hebat betul kau ya... tak sampai 1 minit semua darah penduduk negeri ini kau dah hisap? Apa rahsia kau?



Pontianak 3: Hmm.. kau berdua nampak tak tembok tu tadi?



Pontianak 1 dan 2: Nampak...


Pontianak 3: Aku tak nampak... sebab tu aku terlanggar tembok tu tadi!...


He..he..he.. rupa-rupanya Pontianak 3 ya rabun!

K lah dengan tok jak lok! Lamak dah sik gila-gila palak tok!
SALAM...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Blog Archive