Followers


Daisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label kasih sayang ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kasih sayang ibu. Papar semua catatan

KEAJAIBAN TUHAN

Well, aritok aku masih bercerita tentang kasih sayang seorang ibu. Actually aritok aku nerimak sigek email dr seorang kawan. Aku nak kongsi dgn ktk org email ya.. Aku respect dgn ibu tok...Betapa sabar diriknya nanggong segala kesusahan semasa pregnant dgn anak nya yg ternyata bukan cuma SATU tapi ENAM org.


tok info kepada mereka2 yang belom kawen & kepada mereka2 yg udah kawen tapi lom ada anak, mun masa 27 weeks tok sik silap aku baruk 5 or 6 bln lebeh jak...kalau ngandong sorang jak, perut lom bsr cam tok. Tapi this fellow dah mcm org cukup bulan.



Nyatok sentiasa dalam pengawasan doktor coz boleh melahirkan baby bila-bila masa. Boleh tahan, mun aku 2 ari di hospital ajak dah nyuroh aku rasa sakit tenat benar2. Tengok urat kat perut nya biru jak! Kesian..mun nak tido lagik susah tok, dpt ku imajin...



The best moment waktu dalam sakit ada org merik sokongan.
Tengok baju baby dah ready dah!


o tedah... kecik jak diriknya dah ada adik. Enam gik ya...



Last-last lahir juak.. 2 di embak, 4 gik dlm inkubator...Actually time dlm inkubator, org lain sik boleh hampir kat baby kecuali mak & bapak nya ajak, takut baby sik kenal dgn org tua nya. Baby kan kenal dgn org tuanya melalui bau.



So this is their father



Tok nya baby ya, 3 girls & 3 boys



Geram ku nanga sidak 6 tok




Sendat jak katil oleh sidaknya!



Sik dapat aku imajin mak & bapak tok ngembak sidak 6 round2.
Sebelah tangan berapa di mbak nya ooo?



Renah jak dak nya dudok tempat masing-masing.
Mun syaima aku, maok ndak kah diam cam tok




Yah..! panjang jak kereta sorong. Mun nangis cam nay ooo?




Adeh...!berempit jak




Special sekali jak tempat dudok k makan.
Nak nama org puteh tok sanggup sidak modified meja...slim balit dah mak nya.


Mun aku ada kembar 6 camtok, pulang ke rumah nak nay sorang nak di cium ku dolok kah? Mun enam-enam nanga aku mintak ambik? Cukuplah 5 org ya.... ;D

p/s Especially to Mak Moden sik cukup sorang ya! & Mira apa tunggu agik...

2 NEGARA & 2 KASIH SAYANG BERBEZA

CERITA 1
Ibu Di Gaza Tahan Hasrat Bersalin
berikutan terperangkap akibat serangan Israel

Artikel tok aku ambik dari berita harian online.... kejut ku coz sik dapat ku bayangkan mun nahan dirik dari beranak sedangkan baby dah nak keluar... sakit ajak lah ooo... Ishh..! sik dapat ku bayangkan. Kotan sayang gilak dengan anak sanggup sidak nya. Mun ekot, 10 hari overdue doktor dah bisin bah!
Betapa untongnya kita di bumi merdeka tok. Alhamdulillah...


BAYANGKAN kesakitan yang perlu ditanggung ramai golongan ibu warga Palestin yang sarat mengandung kerana sanggup menahan diri daripada melahirkan anak berikutan bimbang bayi yang dilahirkan itu kelak mati akibat serangan roket atau bom fosforus Israel.

Golongan ibu malang ini dikatakan sengaja menahan diri daripada rasa ingin bersalin menyebabkan mereka mengalami kesakitan melampau selain bayi dikandung berdepan risiko hampir lemas di dalam perut.

Bagaimanapun kebanyakan golongan ibu berkenaan yang terperangkap di dalam rumah mereka di kawasan perkampungan yang diserang rejim Zionis berjaya diselamatkan sebelum dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Seorang daripada mereka, Baayah El-Kudsi, 28, berkata, dia yang sepatutnya melahirkan bayi akhir Disember lalu terpaksa menahan hasrat ke hospital selepas perkampungan Deir El Balah yang didiami diserang bertalu-talu dengan roket.

Katanya, serangan roket dan bom daripada helikopter Apache dan jet F-16 Hornet tentera Zionis itu menyebabkan dia dan ibu mentuanya hanya mampu berlindung di sebuah bilik bawah tanah di rumahnya itu.

"Serangan berkenaan yang berlaku tidak kira masa berlarutan lebih seminggu menyebabkan kami terus terperangkap dengan hanya berbekalkan roti kering dan botol minuman berisi air. Ketika itu, bayi dalam kandungan saya mula turun ke rahim dan menandakan tempoh melahirkan semakin dekat," katanya.

Katanya, dia yang bimbang bayinya terkorban atau terhidu debu fosforus sedaya upaya menahan rasa sakit supaya bayinya itu terus berada di dalam perut.

"Keadaan ketika itu tidak mengizinkan saya untuk melahirkan bayi berikutan tiada doktor dan peralatan perubatan. Saya bimbang bayi saya akan mati jika niat itu diteruskan," katanya.

Beliau berkata, selepas dua minggu melawan rasa ingin bersalin, dia akhirnya dibantu oleh seorang petani sebelum dihantar menaiki sebuah lori sayur ke Hospital Al-Quds untuk bersalin.. Bayi itu dinamakan Bilal Jariun (berani),

Sementara itu, Wartawan Berita Harian yang berkunjung ke Hospital Pediatrik al-Nasser mendapati rata-rata bayi yang dirawat di hospital berkenaan masih keadaan lemah dan diberi rawatan rapi akibat dilahirkan terlalu awal atau terlalu lewat.


CERITA 2

Bayi dibuang disangka anak kucing


BAYI yang ditemui di Flet Cempaka Nilai.


Tapi kotan dah merdeka gilak, sukati jak buang anak. Jaik ati nanga mukanya. Aku part baby-baby tok sensitif koh!... Coba carik org yang benar-benar maok anak, jgn lah di buang macam ya... Tok aku malas mun dah nemu cerita2 camtok, nak kah dah ngerepak dah aku... :(


NILAI: "Dari jauh, saya sangka benda yang bergerak-gerak dalam balutan tuala itu adalah anak kucing, tetapi apabila semakin dihampiri, saya terkejut apabila mendapati rupa-rupanya seorang bayi lelaki yang comel," kata suri rumah, Paridah Wahab, 38.

Katanya, bayi berkulit sawo matang itu lengkap berpakaian serba biru daripada topi, sarung tangan, baju, seluar hinggalah kepada tuala yang membalutinya dan tidak menangis ketika ditemui di hujung kaki lima tingkat dua Flet Cempaka, dekat sini, kira-kira jam 6 petang kelmarin.

Katanya, turut ditemui, sebuah beg plastik mengandungi barangan keperluan bayi iaitu botol susu, susu, lampin pakai buang, bantal dan selimut.

"Saya sedih kerana bayi ini dibuang, tetapi percaya orang yang membuangnya masih menyayanginya. Mungkin ada sebab tertentu menyebabkan dia terpaksa meletakkan bayi itu di situ dengan harapan orang ramai menemuinya dan menyerahkan kepada pihak berkuasa," katanya ketika ditemui, di kawasan perumahan itu di sini, semalam.

Paridah berkata, kejadian itu adalah pertama kali berlaku di flet itu dan percaya dilakukan orang luar kerana kawasan itu sunyi pada pada siang hari kerana penghuninya keluar bekerja.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata pihak polis dihubungi orang ramai yang memaklumkan penemuan bayi itu kira-kira jam 6 petang dan sepasukan anggota polis kemudian ke tempat kejadian.

Beliau yang ditemui ketika melawat Balai Polis Telok Kemang, Port Dickson, yang dicalonkan untuk pertandingan Balai Polis Tercantik Zon Selatan, semalam, berkata siasatan awal mendapati bayi itu dipercayai berusia kira-kira sebulan, tetapi keturunannya belum diketahui.

"Polis menghantar bayi itu ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk pemeriksaan kesihatan dan mendapati keadaan fizikalnya sihat. "Kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya. "Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti individu yang bertanggungjawab membuang bayi itu kerana maklumat awal mendapati penduduk di situ tidak nampak kelibat orang yang mencurigakan datang ke flat berkenaan dan membuang bayi terbabit," katanya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

adik (1) aktiviti (3) anakku (2) angol (2) apa-apa je (4) april (1) april fool (1) baby (7) bapakku (2) barang (2) belasungkawa (1) birthday (1) borang (1) btu (2) cousin (1) Doa (1) drama (3) duniaa (1) festival (1) filem (1) games (1) guro ajak (2) H2H-MWC (1) hp (1) hubby (2) ilmu (3) info (1) jangan ambik serius (1) jangan menghina sarawakku (1) kasih sayang ibu (2) kasut (1) kenangan (1) kesayanganku (1) kisah masyarakat (1) KL lagi... (1) lucu (1) macam-macam ada (1) macam-macam mode (2) mak (1) maulidur rasul (1) me (2) month (1) nenekku (1) ngereco (1) novel (2) novelku (1) pencen (1) pengajaran (3) pesta loba-loba (1) question (1) relax (1) remaja (1) rumah (2) sekalo (1) sekolah baru (1) selebriti (3) shaziya (1) suka suka (1) suspen (2) syaima (1) tarian (1) tarikh lahir (1) the latest news (1) undi (1) valentine day (1) weekdays (1) work (1)

Blog Archive