Followers


Daisypath Anniversary tickers
Memaparkan catatan dengan label novel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label novel. Papar semua catatan

Apa-apa jelah...

Scroll facebook dari atas pegi bawah, dari bawah naik atas lagi.... aku jadi bosan.  Yang pasti kalau minggu lepas, aku dapat gelak lagi tengok kawan-kawan punya status macam-macam komen yang dia orang buat time drama NORA ELENA on air!

Weeeeiiiii takkan lah seorang pun tak tengok DEWA CINTA.. drama tu pun adaptasi dari novel apa... hehehhee... aku pandai jer kan buat statement cam ni... aku sendiri pun tak tengok lansong... Aku tak nak bayangkan watak dalam novel tu macam (biarlah aku tak payah sebut - pasti korang sure tahu punya)..... tak nak.... kalau untuk hero, itu bolehlahhh... lagi dapat diterima tapi dia punya "dotkomdotmai" tu, ayo yo... tak dapat lah.... sori erkkk kepada peminat-peminat dia..

Dulu kan, time NORA ELENA kat tv, aku bersyukor sangat sebab maghrib waktu tu pukul 6.45 petang.  Lagi ada 15 minit sebelum drama tu ke udara aku boleh pegi solat dulu, dapat konsentrat tak yah ingat dah sembahyang ke belum sebab memang dah sembahyang dah... tapi kan, time tu Bilal kat masjid baru je nak laungkan ALLAH dan belum lagi sebut AKBAR aku dah siap dahhhh, dah ready abis dengan telekung nya sekali... cuma nak tunggu baca niat jer lagi... almaklumlah takut miss certain part of the drama... Aisehhhh obses melampau kan?  Nasib baik perangai tu masih kekal sampai la ni.. kalau tak abis lah aku kena kutuk mak ku.

Minggu terakhir NORA ELENA kat udara, aku bayar puasa ramadhan.  NORA ELENA punya pasal beb, aku berbuka dengan sky juice jer dulu.  Pastu ambik wuduk sembahyang maghrib....Than nonton NORA ELENA sambil makan.... seperti biasa takut miss....lagi sekali bila ku ingatkan tu, memang TERLEBIH SUDAH obsesnya... Cuba kalau betul-betul bulan Ramadhan kelak, kalau perut tak kenyang, kalau air tak 2 3 gelas, tak kan angkat dari kerusi punya.  Masing-masing tunggu giliran siapa nak ambik wuduk dulu.  Hmmmm harap-harap tahun ni, berubahlahhh... (aku tak cakap orang lain ehhh... aku cakap tentang aku sendiri jer)


Balik ke drama DEWA CINTA lagi.  Cerita ini diterbitkan oleh Suhan Movies.  Semua tahu kan production tu ROSYAM NOOR yang punya bukan AHMAD ALBAB yang punya tau tapi ROSYAM NOOR  yang punya, ingat tu!!....  Jadi bila aku mintak tolong pak google cari-cari kat tenet ni, rupa-rupanya cerita ni dulu ROSYAM NOOR lah jadi hero nya... tapi aku tak tahu lah pulak siapa heroin dia.  Best lah kan dia dulu pernah jadi hero, sekarang ni dia pulak yang terbitkan balik.  Kira nostalgia untuk dia lah kan... Lagi pun yang jadi penulis novel ni adalah kazen dia sendiri DILLA HUSSIEN...  Apa-apa pun, bagi yang nak tengok drama ni, tengok lahhhhhh... nanti korang cerita lah balik kat aku... hehehehe... aku tak dapat tengok drama ni becoz of that "dotkomdotmai" betol-betol aku tak dapat terima.. Aku tak nak bohong.... aku memang tak dapat nonton punya... Novel dia best wooo.....rugi tak tengok.... Jangan lah kerana N3 aku ni menjadi kontroversi pulak eh... dulu aku memang minat giler kat dia.... tapi itulah, aku ni sebenarnya tak minat dengan mana-mana artis yang banyak sangat buat kontroversi... mula-mula minat last-last jadi penat nak minat pulak... [SIGH]


MINGGU TERAKHIR MERAPU DI FACEBOOK


Pernah baca novel ni? Actually aku dah ada buku ni, sejak dari 2007 lagi.  One of my favourite novel.  Antara novel-novel yang tak aku simpan dalam kotak kerana keinginan untuk membaca nya sentiasa ada.  Almost 5 time sudah rasanya ulangkaji buku ni, kalau aku rindu kan heronya yang romantik dan manly (dlm novel lerrr) yang tak pernah putus asa untuk memikat dan memujuk hati isterinya, aku baca balik novel ni ...Di buai perasaan kita di buat nya... Imajinkan diri sendiri pulak dalam tu.... (ampun sayang) hehehhee

Aku seronok bila mendapat tahu yang novel ini di adaptasikan menjadi drama.  Aku jarang nak menonton television sebenarnya... Aku selalu online jer kalau aku ada ketinggalan apa-apa cerita yang ada kat tv tu, kerana masa yang terluang selepas menunaikan yang wajib-wajib tu kadang-kadang aku lebihkan untuk membaca novel atau pun menonton drama KOREA dan TIDO!

Fenomena NORA ELENA, aku adalah antara mereka-mereka yang TERLEBIH SUDAH emosional nya... hahahhaha... siap dgn facebook, update status tak puas hati kalau ada watak yang tak di kenan sampai ada kawan-kawan yang gelihati campur geram kat aku komen kat status aku, "DAH SKRIP DIA MACAM TU , NGOK" hahahhaha

Every "Monday-Tuesday (7-8 pm) AKU BUKANLAH AKU" itulah status FB ku since NORA ELENA ke udara di kaca tv.  Time tu merapu punyalah emosional terutama sekali masa Eid dan Yvonne buat hal...tapi bila dah habis drama tu, aku buat status lagi "DAH BALIK ASAL",  ada sekali tu Mr Hubby menyampuk kat status FB ku "Alhamdulillah nasib baik dapat keluar dari TV, kalau tak memang dah jadi UPIN IPIN" hahaha...

Kalau orang lain tengok drama ni kerana Aaron Aziz, sebenarnya aku nak tengok drama ni becoz of aku nak tahu apa bezanya drama ni dengan novel asal nya... Ternyata memang tidak sama.  Seth Tan dalam ni agak lembut tapi Seth Tan dalam novel agak manly, tegas (aku suka kan Seth Tan dalam novel) sorry to say ye produser.  Jalan cerita dalam novel lebih kemas (mungkin aku dah terlalu lama membaca novel ni, yang buat aku tak dapat terima jalan cerita yang ada kat drama) sekali lagi aku mintak maaf wahai produser.

Sedar tak sedar, minggu ni adalah minggu terakhir untuk drama NORA ELENA, maka dengan ini bersamaan lah minggu terakhir untuk merapu di facebook... Malam ni je dah tengok episode terbongkar nya rahsia Seth selama ni.... kalau ikut logik lah kalau rantai yang di simpan kan? Bukan topeng muka atau pun pisau seperti di dalam novel.. Apa-apa pun syabas kepada penulis novel Puan Meen Zulaikha kerana sudah membuat satu fenomena baru terhadap novel beliau sehingga novel tersebut telah di ulang cetak sekali lagi untuk tahun 2011.  Sehingga salah seorang pembeli nya adalah sepupu dan kawan rapat ku sendiri... Selamat Bermimpi kan Seth Tan seperti diriku sejak 2007 yang lalu.... =))


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive