Followers


Daisypath Anniversary tickers

MINGGU TERAKHIR MERAPU DI FACEBOOK


Pernah baca novel ni? Actually aku dah ada buku ni, sejak dari 2007 lagi.  One of my favourite novel.  Antara novel-novel yang tak aku simpan dalam kotak kerana keinginan untuk membaca nya sentiasa ada.  Almost 5 time sudah rasanya ulangkaji buku ni, kalau aku rindu kan heronya yang romantik dan manly (dlm novel lerrr) yang tak pernah putus asa untuk memikat dan memujuk hati isterinya, aku baca balik novel ni ...Di buai perasaan kita di buat nya... Imajinkan diri sendiri pulak dalam tu.... (ampun sayang) hehehhee

Aku seronok bila mendapat tahu yang novel ini di adaptasikan menjadi drama.  Aku jarang nak menonton television sebenarnya... Aku selalu online jer kalau aku ada ketinggalan apa-apa cerita yang ada kat tv tu, kerana masa yang terluang selepas menunaikan yang wajib-wajib tu kadang-kadang aku lebihkan untuk membaca novel atau pun menonton drama KOREA dan TIDO!

Fenomena NORA ELENA, aku adalah antara mereka-mereka yang TERLEBIH SUDAH emosional nya... hahahhaha... siap dgn facebook, update status tak puas hati kalau ada watak yang tak di kenan sampai ada kawan-kawan yang gelihati campur geram kat aku komen kat status aku, "DAH SKRIP DIA MACAM TU , NGOK" hahahhaha

Every "Monday-Tuesday (7-8 pm) AKU BUKANLAH AKU" itulah status FB ku since NORA ELENA ke udara di kaca tv.  Time tu merapu punyalah emosional terutama sekali masa Eid dan Yvonne buat hal...tapi bila dah habis drama tu, aku buat status lagi "DAH BALIK ASAL",  ada sekali tu Mr Hubby menyampuk kat status FB ku "Alhamdulillah nasib baik dapat keluar dari TV, kalau tak memang dah jadi UPIN IPIN" hahaha...

Kalau orang lain tengok drama ni kerana Aaron Aziz, sebenarnya aku nak tengok drama ni becoz of aku nak tahu apa bezanya drama ni dengan novel asal nya... Ternyata memang tidak sama.  Seth Tan dalam ni agak lembut tapi Seth Tan dalam novel agak manly, tegas (aku suka kan Seth Tan dalam novel) sorry to say ye produser.  Jalan cerita dalam novel lebih kemas (mungkin aku dah terlalu lama membaca novel ni, yang buat aku tak dapat terima jalan cerita yang ada kat drama) sekali lagi aku mintak maaf wahai produser.

Sedar tak sedar, minggu ni adalah minggu terakhir untuk drama NORA ELENA, maka dengan ini bersamaan lah minggu terakhir untuk merapu di facebook... Malam ni je dah tengok episode terbongkar nya rahsia Seth selama ni.... kalau ikut logik lah kalau rantai yang di simpan kan? Bukan topeng muka atau pun pisau seperti di dalam novel.. Apa-apa pun syabas kepada penulis novel Puan Meen Zulaikha kerana sudah membuat satu fenomena baru terhadap novel beliau sehingga novel tersebut telah di ulang cetak sekali lagi untuk tahun 2011.  Sehingga salah seorang pembeli nya adalah sepupu dan kawan rapat ku sendiri... Selamat Bermimpi kan Seth Tan seperti diriku sejak 2007 yang lalu.... =))


0 kamu yang sporting:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive