Followers


Daisypath Anniversary tickers

Mood Macam-Macam Ada....

Assalamualaikum!!
Bulan Jun sudah menjelma.  Maksud nya 2011 sudah sampai ke pertengahan tahun.  Anak-anak aku pun masih tengah bercuti sekolah sekarang nih.  Minggu ni, minggu kedua aku memulakan tugas ku setelah cuti-cuti "malasia" selama 2 minggu.  Kalau minggu lepas, pejabat macam kena serang garuda... sunyi sepi tak ada manusia.  Yang ada aku dan 2 orang kawan semua nya yang menyambut HARI RAYA jer yang tinggal... hehehe...  Semalam aku update status FB "terbayang wajah ajak dah stress, belom gik berjumpa face to face.... terok betol perasaan ini!!" nak tahu kenapa? Hehehe... hampir 3 minggu tak jumpa kepala pejabat kat ofis ni, malam tadi terbayang-bayang wajah dia pulak terus stress hahahaha... betol kan terok betol perasaan tu.  Tapi, pagi ini stress ku tidak sempat menjadi, sebab dia call beritahu cuti dia tambah untuk satu hari lagi.. hmmmm lambat pula stress ku menjadi ni... hahahha... Suasana pejabat agak meriah sedikit.  Walaupun tidak semua yang menyambut perayaan Gawai sudah balik bekerja tapi sekurang-kurangnya ofis tidaklah sepi sangat. Kedengaran gelak dan perbualan teman-teman di sebelah dan pintu utama pun dah ada bukak tutup, bukak tutup, orang masuk, orang keluar AS NORMAL AS USUAL.

Okay actually aku nak ucapkan tahniah kepada Bunga Dayang Khaty kerana selamat sudah menukar gelaran Cik kepada Puan pada 4hb Jun yang lalu.  Semalam 5hb adalah majlis persandingan beliau dan suami.  Sungguh cantik dan sama padan.  Honestly Bunga, akak suka  baju pengantin yang warna biru tu!... The blue is very sweet... You looks beautiful semalam dan si Kunta Kinte (gelaran untuk suaminya dalam FB) pun sama hensem... Tapi kalah sedikit dari Seth Tan.... hahahhaha boleh gitu? (jangan marahhhh). 

Bersama Puan Bunga & Suami serta Adik-adik
Pertemuan aku dan Puan Bunga terjadi tersangat lah unik.  Kami berkenalan melalui blog.  Dan sekarang hampir 3 tahun kita berhubung kalau tidak melalui blog, for sure gunakan FB.   
Indahkan ada internet ni?  Macam mimpi jer dia dah jadi isteri orang... Macam baru semalam aku tengok dia update blog dia tentang graduation, putus cinta dan sebagai nya... Apa apa pun, Tahniah sekali lagi yer PUAN BUNGA... =)


Asma & Puteri Seroja
Yang ni pulak, orang yang pergi kenduri tu lah.... posing mesti ada.... kalau tak, memang tak sah! hahaha.. Yang bertudung hijau tu, Asma nama dia.  Aku berkenalan dengan dia pulak melalui FB... sampai sekarang alhamdulillah, seperti dengan Dyg Khaty sangkut pulak kat adik-adik aku yang dua orang tu jadi sahabat dia... kita sentiasa up to date the news with each other melalui FB...  Dengan Asma memang jarang jumpa secara live, tapi di alam maya kita jumpa everyday... Luv it very much!!

Inilah PUTERI SEROJA
Yang di atas 3 orang tu,  tak payah nak di kenalkan lagi.... Ini lah PUTERI SEROJA, kenapa puteri seroja? Sebab bapak kita nama nya SEROJAI, so kita buang jer lah yang I tu hahaha...Kita bertiga jarang dapat bersama. Adik ku yang bertudung biru tu, dia bekerja kat Kolej Komuniti Tawau sebagai Tenaga Pengajar gitu!!  Jadi faham-fahamlah kan... kalau cuti panjang macam perayaan Gawai ni, memang dia tak akan lepas kan peluang untuk balik kampung sebab Sabah pun menyambut perayaan yang sama cuma beza tarikh dan sebutan sahaja.. Adik ku yang berbaju oren, kami berdua setanah tapi hujung minggu jer dapat berjumpa dan bersua sebab dah ada komitmen dengan keluarga dan tugasan masing-masing... So, FB lah tempat kami sentiasa mengikut perkembangan masing-masing... Aku cakap pasal apa ahhh... hehehehe FB KE?

Apa apa pun, esok 7hb Jun.  Ada apa pada tarikh esok hari? 11 tahun yang lalu tahun 2000 tarikh ini, pukul 10 malam, aku selamat melahirkan seorang baby lelaki yang ku beri nama WAN MOHD ZIKRI...  Ya, besok adalah hari lahir MY ONLY SON ke 11 tahun... dah 11 tahun dan tidak terasa sudah semakin meningkat usia anak ku ini.... semoga kamu menjadi anak yang soleh dan semakin matang. Berjaya dunia akhirat aminnnnnn.  Marah bukan tanda nya benci... marah itu tanda nya orang sayang.... kenapa dan mengapa, satu hari nanti kamu sendiri akan faham bila sampai waktu nya kelak....

Wan Mohd Zikri memang seorang abang yang penyayang walaupun kadang-kadang
sikapnya boleh membuat darah jadi naik...... hehehe

SELAMAT HARI JADI WAN MOHD ZIKRI, SEMOGA PANJANG UMOR DAN MURAH REZEKI DAN BERBAHAGIA DUNIA AKHIRAT...MAMA LUV YOU WALAUPUN MUNGKIN ENGKAU TAK TAHU!!
  

0 kamu yang sporting:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive