Followers


Daisypath Anniversary tickers

Heart to Heart With Orangutan

Assalamualaikum...

Setelah 3 tahun menjadi Program Coordinator, hari ini aku di beri peluang untuk melihat sendiri bagaimana ground staff dekat Matang Wildlife Centre menjalankan tugas mereka untuk mengendalikan program "Heart to Heart (H2H) with orangutan"

Pukol 7 pagi aku dah berangkat dari rumah menuju ke Matang Wildlife Centre (MWC). Roundabout Datuk  Haji Kipali seperti biasa sesak dengan kenderaan yang hendak menuju ke destinasi masing-masing.  Mujur perjalanan dari pusat bandar Kuching  menuju ke Matang, tidak sesak seperti perjalanan dari Matang menuju ke pusat bandar Kuching. Tapi walaupun begitu aku ambik lebih kurang 30-40 minit untuk sampai ke MWC.

Suasana di MWC masih sunyi dengan bunyi burung berkicauan almaklumlah memang kawasan hutan pun, embun masih melekat di dedaunan walaupun matahari sudah menjenguk kan diri nya.  Tapi mungkin tempat MWC di bawah kaki Gunung Serapi maka hawa sejuk masih terasa dan sesuai untuk sesiapa yang sangat suka berjogging di awal pagi.

Teman-teman di MWC, sedang sibuk membuat persiapan sebelum peserta-peserta H2H sampai ke taman negara tersebut.  Seperti biasa, TING HUONG (Wildlife Executive) dengan cekap nya dan selamba nya menyediakan apa yang patut agar program akan dilaksanakan pagi ini akan berjalan dengan lancar.  I'm very impressed with her, still young about 28 years old tapi pengalaman untuk mengendalikan program yang kebanyakkan di sertakan oleh pelawat-pelawat dari luar negara sudah masuk dalam kocek...ibaratkan petik jari jer!! Its done...Alah bisa tegal biasa....

Peserta-peserta telah sampai bersama TOUR GUIDE mereka DORIS ke MWC, lebih kurang pukul 8.00 pagi.  Agak kelam kabut sedikit sebab seperti biasa kalau "Orang puteh" ini, ejaan salah sikit ke atas nama mereka pun jadi hal... tapi bukan salah aku sebab as Program Coordinator yang menerima, yang meng"confirm" kan penyertaan mereka, aku cuma ikut jer ejaan yang di berikan oleh Travel Agent. Lagi pun kalu nak tengok ejaan nama mereka kat BIODATA FORM yang disertakan memang tulisan mereka agak lain sikit.... susah nak dibaca... aku pun tak tahu dengan AMOR-AMOR ni, tulisan mereka kebanyakkan memang susah nak dibaca... senang lagi aku baca tulisan anak aku yang baru masuk Tahun 1 itu.

Selesai satu perkara, satu lagi perkara yang kurang menyenangkan berlaku pagi tadi... yalah aku faham mereka datang dari jauh GERMAN, nak enjoy themselves, bayar dah lah mahal untuk program ni, tapi baju pulak besar (tapi tidaklah besau sangat aku tengok).  Untuk pengetahuan anda semua, semua peserta yang nak joint program ini, mereka akan di beri T-SHIRT H2H dan ORANGUTAN TOYS sebagai premium item.  Oleh kerana stok baju belum sampai, size baju pun cuma tinggal XL, XXXL ajer maka aku pun cuma dapat menyediakan mereka dengan size yang tersebut sahaja.  Tapi AMOR yang sorang ni, dia tak nak.  Dia insist nak juga baju size kecik sikit sebab dia nak pakai baju yang cun-cun fit kat badan dia.  Kalu ikut baju yang disediakan untuk dia memang dah cantik dah kat badan dia, tapi dia tak nak.... Dalam kita tengah explain dengan yang lain-lain tentang stock, limited size dan sebagai nya aku terpandang yang pakcik AMOR yang sorang itu, terus ambik beg keluar dari pejabat MWC. Ayooooo.... this is my first experience with H2H program and i met with this such of situation.... how im going to explain to our manager later on... itu jer yang bermain di kepala ku masa tu.... But, im happy with their tour guide, dia cakap dont worry i try to pujuk him... so, dia pergi jumpa that fellow pujuk-pujuk dia, dari jauh aku tengok macam ada good respond tapi masih tak nak masuk ke dalam ofis MWC.


Oleh kerana tak nak membuang masa, coz program ini mesti selesai sekitar pukul 12.00 tengahari (sebab lepas tu, dia orang perlu makan tengahari dan berangkat menuju ke Semenggoh Wildlife Centre pulak) maka briefing yang sepatut nya dihadiri oleh semua peserta dan staff yang menyertai program ini tetap dijalankan tanpa dia.  Tengah-tengah syok mendengar briefing, si Doris mendekati aku and memberitahu bahawa, KARL (nama pakcik GERMAN itu) sebenarnya bukan merajuk sebab baju itu.  Dia merajuk sebab kawan-kawan dia yang sama-sama menyertai lawatan tersebut telah menyatakan "Why you make the tshirt size become a big issue? We come here to enjoy ourselves but you still keep on talking about t-shirt". So seperti biasalah WARGA EMAS ni, baik dia orang puteh ke, orang melayu ke, orang cina ke, orang india ke dan sebagai nya memang berjiwa SENSETEP... Kalu begitu aku cuma dapat kata "SUSHAH MAU SAKAP" ekekekeke.... Aku jadi lega... fuuuhhhhh selesai masalah...

Briefing session

Preparing food session

Preparing food session, Pakcik KARL yang bertopi at last mahu jugak joint
the activity.... =)

Selesai briefing, peserta di bahagi 2 kumpulan. Kumpulan 1 menyediakan makanan dan Kumpulan 2 untuk membersihkan kandang Orangutan.  Mula-mula aku ikut kumpulan 1, memerhati bagaimana Ting Huong berkomunikasi dengan peserta sambil menerangkan apa yang mereka patut buat.  Mereka di ajar untuk membuat ketupat dan ketupat itu nanti di isi dengan buah-buahan... Sedangkan aku orang melayu lagi lah tak pandai buat sarung ketupat apatah lagi Si Germany yang datang... Geli hati ku bila salah seorang dari mereka yang menyatakan its too late to learn about this kihkihkih.... Last-last yang buat sarung ketupat TING HUONG and gang manakala peserta-peserta pulak, menghiris buah-buahan dan memasukkan buah tersebut dalam Sarung Ketupat. Oh ya.. pakcik Karl at last dia mahu jugak nak joint the group... tapi itulah hati lagi sedeh, jalan dia menonong jer ke depan sorang diri.... (macam dia dah kenal sangat dengan kawasan MWC, kalu sesat apa cerita?) hehheehe.

Ting Huong memberi peluang kepada peserta untuk memberi makanan semasa "Feeding Food Session"

Dalam masa itu, aku ikut pulak kumpulan 2.  Kumpulan 2 ini, membersihkan kandang orangutan. Tempat nya cuma bersebelahan sahaja dari tempat menyediakan makanan.  Agak membahaya sedikit kerja mereka kerana, empunya kandang itu Peter walaupun dia dikurung untuk sementara waktu di tempat lain, sentiasa keluar masuk dari kandang tersebut memerhati mereka yang membuat pembersihan tersebut.  Tangan nya yang panjang itu, hampir sahaja dapat mencapai kepala salah seorang dari peserta tersebut... Wuiiiii aku suspen tengok.... Sebab itulah kami selalu menyatakan kepada mana-mana pihak yang ingin menyertai program yang berkaitan dengan orangutan, selalu dipesan kepada mereka berhati-hati, safety first kerana Orangutan is very intelligent, also very curious and unpredictable mammal.


Cleaning cage session

Di dalam kawasan kandang ORANGUTAN yang telah di cuci...

Selesai semua tugasan, masa untuk memberi makan Orangutan pulak.  Ketupat yang telah diisi oleh peserta tadi diberi satu seorang untuk memberi peluang kepada mereka memberi makan kepada orangutan walaupun dari jarak jauh... And im happy to see them happy.... LEGAAAAA..... Tapi kalau tadi pakcik yang merajuk, kali ini Orangutan pulak yang merajuk.  GEORGE namanya dipanggil keluar berkali-kali oleh staff MWC, masih tak nak keluar.  Diumpan dengan makanan pun masih tak nak keluar menampakkan diri nya... tapi sekali bila dia dah keluar dari kadang tempat dia diletakkan sementara kandang nya di cuci oleh peserta H2H, kami terkejut bila air yang sepatutnya jadi air minuman dia di dalam tong, disimbah ke lantai.  Rupa-rupanya dia tengah marah sebab lambat di beri makan.  Orangutan di MWC kalau tidak ada program macam ini, mereka sepatutnya makan pukul 9.00 pagi, tapi hari ini, kira-kira pukul 9.30 baru nak feeding dia orang.... siapa tak marah??? Lapar beb!!!

Itulah risiko nya bekerja menjaga Orangutan... mesti pandai memujuk, bercakap jangan kasar, mereka faham dan pandai membenci.

GEORGE THE CYCLOPS
Pernah dilepaskan untuk menjalani kehidupan normal di hutan tapi dia lebih
selesa untuk kembali ke kawasan yang dia rasa selesa untuk tinggal. Walaupun
badannya lebih besar dari AMAN,  ia bukan dominant orang utan kerana CHEEK PAD dia tidak berapa lebar

Program di lanjutkan dengan memberi makanan kepada AMAN pulak.  The dominant orangutan yang bisu dan hampir 10 tahun buta kerana dia telah menggigit wayar elektrik yang mengakibatkan lidahnya putus, mata rosak dan akhirnya kehilangan penglihatan beberapa bulan kemudian.  Penglihatan nya dapat dikembalikan apabila dua orang doktor bedah  dari luar negara yang perihatin  telah berjaya melakukan pembedahan ke atas matanya.

This people of the forest, bila nama nya dipanggil mereka tahu... peserta-peserta ini memanggil manggil namanya dia terus toleh.. Keajaiban Allah SWT yang mencipta mahkluk yang pintar selain daripada manusia.

Akhir sekali kami telah dibawa menyusuri trail untuk sama-sama menikmati suasana rain forest yang segar sambil melihat beberapa species burung, buaya, beruang dan sebagai nya.  Program habis cun cun 12.00 tengahari.. Selepas sesi penyapaian sijil dan sesi bergambar group DR TRIGGERS (1) beransur balik untuk lunch and menyambung program mereka ke Semenggoh Wildlife Centre pulak....

After experienced with my first time joining the program, aku rasa aku lebih rela tinggal kat ofis jer, daripada melakukan ground job. Very the tired my dear friends... luckily setiap kali sebelum aku confirm kan sesuatu group itu untuk joint the H2H ini, aku pasti akan bertanya terlebih dahulu dengan pihak MWC sama tarikh yang ditetapkan available atau tidak.  Kalau available yes aku ON, tapi kalau tidak aku tidak dapat nak confirm... kerana kalau tidak cukup main power, kerja yang berkaitan sangat sukar untuk di laksanakan....Tidak semua peserta sporting untuk sama-sama menyediakan makanan atau membersihkan kandang orangutan.  Ada sesetengah dari mereka cuma ingin melihat orangutan secara dekat sahaja sambil jalan-jalan menikmati pemandangan hutan.

SOALAN CEPUMAS

Tahu kah anda bagaimana orangutan memperolehi pengaruh mereka dan dapat menjadi ketua?
Jawapan nya ialah semakin besar CHEEK PAD mereka, makin tinggi peluang mereka untuk menjadi ketua di kalangan mereka.  Bagaimana?

Kita akan berbuat begini untuk mengeluar kan suara agar lebih nyaring dan dapat di dengar dari jauh bukan?
Picture: AMAN THE CONTENDER

Manakala orangutan akan menggunakan CHEEK PAD mereka untuk memanggil ,
semakin besar CHEEK PAD mereka maka makin jauh lah suara mereka dapat di dengar.
Dari situ mereka akan tahu sama ada mereka layak atau tidak menjadi dominant ORANGUTAN...



**"THE WORD ORANGUTAN IS DERIVED FROM THE MALAY WORDS "ORANG" MEANING PEOPLE AND "HUTAN" FOR FOREST, THUS LITERALLY MEANING "PEOPLE OF THE FOREST" - SWEETHEART OF SARAWAK

Thats all for the moment.... 
SAYONARA!!..

SALAM

0 kamu yang sporting:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive