Followers


Daisypath Anniversary tickers

Doa untuk hati yang resah

Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pengasih


Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ampunilah dosa-dosaku, sama ada sedar atau tidak sedar. Hanya Engkaulah yang dapat mengampuni dosa-dosaku yang banyak ini Ya Allah.


Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Mendengar rintihan hamba-hambaNya.  Hiasilah hatiku, peribadiku dan seluruh kehidupanku dengan rasa kasih dan sayang serta mahabbah.  Baikilah tutur kataku, lisanku dan gerak lidahku supaya tidak mengaibkan orang lain.


Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Lembut.
Peliharalah akhlakku dan adabku di mana sahaja supaya aku dapat memelihara diriku sebaik-baiknya.  Pimpinlah aku untuk membentuk bunga-bunga akhlak yang harum tatkala orang lain memandang rendah dan membenci aku.


Ya Allah,
Dalam kesunyian malam ini, aku bangun untuk bersujud dan menghadap-Mu. Aku menyerahkan seluruh jiwaku kepada-Mu. Jiwa hamba mengharap perhatian dan ehsan daripada Tuhannya.
Ya Allah, hatiku amat resah, gelisah dan meronta-ronta kerana ujian kecil yang Engkau berikan ternyata umpama batu besar yang menimpa seluruh badanku. Tidak terdaya untuk aku menolak jauh-jauh batu besar itu.


Ya Allah, Tuhan yang Maha Mendengar, dengarkanlah....
Dengarlah rintihan hatiku ini. Bantulah aku Ya Allah. Aku tidak terdaya untuk berhadapan dengan ujian jiwa yang berat ini. Berilah jalan keluar, tunjuklah pintu-pintu penyelesaian yang terbaik buatku.


Ya Allah, barangkali ujian ini Engkau limpahkan kepadaku kerana aku mulai renggang dengan Engkau, maafkan aku Ya Allah. Tak payahlah Engkau menambah lagi beban hidupku ini. Engkau singkap sahaja penderitaanku supaya aku dapat kembali sujud dan memohon keampunan-Mu Ya Allah.


Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Pengampun.
Aku tidak mengerti apakah ujian Engkau kepadaku untuk kali ini. Sakitnya terasa hingga ke lubuk hati. Aku menanggung duka dan derita. Hanya Engkaulah tempat aku mengadu keluhan dan rasa hati.


Ya Allah, bantulah aku, tolonglah aku. Tunjukkan pintu hidayah-Mu kepadaku supaya aku dapat keluar dari ujian yang berat ini.Ya Allah, maafkan aku, ampunilah kesalahanku.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.


Actually aku dalam keadaan yang gelisah sekarang nih... Semalam aku eksiden.. huhuhu... walaupun kereta orang tu tak banyak kecederaan nya tapi $$$$ tetap beratus jugak keluar coz kereta dia kemek and ada calar... kereta aku pulak tak de apa... Tu lah pasal kalau tak fokus dengan jalan raya, minda dan hati dah ke tempat lain.. Baby kecik ku pulak demam so malam-malam memang tak leh tido... Sekarang ni, banyak sangat iklan-iklan yang singgah di kepala ku... Entah apa-apa je yang timbul.... Macam-macam ada... Mungkin satu peringatan dari Allah Taala supaya jangan terlalu berasa selesa... Kadang-kadang perlu jugak untuk berhati-hati dan beringat.  Kalau dia dah kata KUN FA YA KUN... maka terjadi lah sesuatu itu.  Mungkin juga Allah sedang membuat pemprosesan untuk mengampunkan dosa-dosaku... Kalau benar begitu aku redha dengan hukuman-hukuman ini.... 




0 kamu yang sporting:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive