Followers


Daisypath Anniversary tickers

Aku Jejak Kaki Lagi Ke Tanah Semenanjung...

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.... hehehe panjang pulak salam kak Yus di bulan FEBRUARI ni yer!... Baru ada kesempatan nak update blog.  Aku buzy bee, terbang sana, terbang sini.. bila dah singgah kat sarang dah lelap... letih sampai nak sentuh keyboard pun tak dapat.

Apa kabar? 2012 dah masuk bulan dua.... tak terasa dah sebulan masa berlalu... dah sebulan anak-anak ku bersekolah... antara sebab kenapa aku tak ada kesempatan nak update blog... sibok jadi RATU LEBAH terbang sana sini hantar anak sekolah, turun kerja, balik kerja, hantar anak tuition, ambik anak tuition pastu tidor... Idea sentiasa ada tapi nak pegang bukak email, tekan password adoooiiiii malas nyaaaa.... 

Apa yang terjadi sepanjang Januari dan hujung 2011? Ndak ada apa-apa yang special... Cuma hujung Januari tadi tu, aku dan mr Asben di beri kesempatan oleh Allah SWT untuk pergi ke KL lagi... ;D.  Pucuk di cita ulam mendatang.  Kebetulan tarikh yang di kehendaki oleh pihak sana untuk Mr Asben menghadiri mesyuarat AGM Persatuan Pentanque Malaysia jatuh pada tarikh yang sama dengan Karnival Buku Karangkraf.... Alhamdulillah sampai jugak hajat aku untuk pegi ke karnival tu... Ehem...ehem.. aku angkut naik belon 10 buah novel... You have??? hahahahha... Mr. Asben beri green light (hulur duit lagi tu) so aku tak nak lah buang masa... laju jer tangan ku ambik mula-mula 1, pastu jalan jauh sikit ehhhh ada lagi novel best jadi 2... jalan-jalan lagi sampai tak sedar 10 dalam tangan hahahaha... gilerzzzzz!!!! Ada promotion 25-30% beb, mana tak gilerzzzz....  Yang paling best jumpa dua orang novelist kegemaran ku... siap tangkap gambar lagi....


With Weeda (duduk-tudung hitam), Elin Nadia (Tudung putih) and Diana 
Oh ya! actually aku dan Mr. Asben di lantik jadi perwakilan dari Negeri Sarawak untuk mesyuarat AGM tersebut.  Kenapa aku dan Mr. Asben dapat attend meeting tu? Mr. Asben ku adalah AJK untuk Persatuan Pentanque Negeri Sarawak.  Oleh kerana orang yang sepatutnya attend untuk mesyuarat tu tak dapat datang maka dengan automatiknya nama Mr Asben naik untuk pergi ke KL... Kenapa aku dapat turut serta pergi meeting, aku telah menjadi ahli secara automatik bila aku ikut sekali Mr. Asben pergi meeting... dan Alhamdulillah mesyuarat AGM tu seperti biasa membuang undi untuk mencari Jawatankuasa peringkat kebangsaan (2012-2013) dan Mr. Asben berjaya menjadi salah seorang AJK Persatuan Pentanque peringkat kebangsaan... tak sia-sia rasanya ambik cuti 2 hari dan dapat tambang serta penginapan FREE... haha...

Kalu dah di KL, rugi rasanya kalau tak melawat mak nenek, saudara mara kat Jalan TAR kan? mimpi ngeri tido malam kalau tak pergi kat sana.. Betul tak? hehe... Dalam fikiran tak de tudong lagi, tak de baju lagi,  just nak jalan-jalan cari makan... Satu lagi cita-citaku tercapai, "Aku dapat beli DVD cerita TAMIL". Nak beli tapi malu, last-last hero tamil aku jugak yang tolong beli kan, aku tunjuk dari jauh mana satu cerita yang aku nak... hahaha... lagi sekali perbuatan gilerzzz...And thank you very much to my darling yang sempurnakan keinginan pelik-pelik isterinya yang macam-macam haha...Actually lama dah ngidam DVD Tamil tu.. Last year pergi tak kesempatan, ada tengok tapi malu-malu kucing nak hinggap kat kedai tu... 


YOU HAVE???? ahahhahaha

Satu lagi aku puas hati, dapat pergi I-CITY kat Shah Alam... lihat lampu-lampu yang berwarna warni, kalu anak-anak ku tengok sure mereka seronok tapi yerlah lain kali nak bawak dia orang pergi sana.  Kalau nak merasa main salji bayar 25 inggit untuk masuk dan sewa baju sejuk... Mr Asben main ice macam budak kecik... hehe... "Dah tua rongo kata orang Sarawak, dah babo gik juak buang tabiat....".  Tapi amat seronok trip kali ini walaupun agak singkat.

Yeeaahhh Julie dan Rumi.... 

Hidung tersumbat dek kerna sejuk keterlaluan dalam "Snow Walk"
Hari Isnin aku dan Mr. Asben dah berangkat ke Melaka, jumpa kawan dia kat sana, makan Ayam Hutan yang sedap, Kepah yang fresh dan Sup Kaki Lembu yang ada ummmpphhhh... sedap!!!Aku sempat melawat kota A'Famosa yang pernah aku jejaki 21 tahun yang lampau.  Banyak perubahan terdapat di situ, kereta lembu dah tak de lagi, gerai-gerai kecik pun dah tak de lagi dan diganti pulak dengan bangunan tinggi yang tersergam indah menjadi DATARAN PAHLAWAN MALL dan MAHKOTA PARADE... Malam pulak aku, Mr. Asben dan Isteri serta anak kawan Mr. Asben naik Melaka River Cruise.  RM10 untuk dewasa dan kanak-kanak bawah 12 tahun RM5.  Agak menarik perjalanan 45 minit sepanjang 9km menyusuri sungai yang di hiasi kiri kanan rumah-rumah melayu Melaka yang di taja oleh kerajaan Melaka dari segi api dan maintenance dengan syarat tak boleh ubah suai keaslian rumah tersebut.  Wasehhh... aku respek dengan cara kerajaan Negeri Melaka mempertahankan keaslian dan peninggalan sejarah nenek moyang mereka.  Kalau nak tahu pergilah Melaka... bessttttt....

Dia orang cakap, zaman dulu jambatan inilah tempat tentera jepun
menggantungkan kepala tahanan yang di hukum pancung..

Batu Bersurat
Apa-apa pun, semalam dah balik kat Kuching dah.... aku rindu sangat kat princess ku yang kecik dua orang tu... Kalu boleh aku nak pergi biarlah bawak dia orang tapi, tak bolehhhh.. princess besar dah sekolah, kalu aku bawak princess kecik, takut pulak princess besar boring...

Hari ini aku jadi RATU LEBAH balik... swing sana, swing sini... tak pe tu amanah namanya...

Salam!!

0 kamu yang sporting:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive