Followers


Daisypath Anniversary tickers

HANYA SEKALI

Bila terbaca tentang seorang bayi perempuan yang di kelar selepas dilahirkan baru-baru ini, hati ku menjadi sebak.  Tak sanggup rasa melihat gambar beliau yang telah di upload oleh gelintir kawan-kawan di dalam FB.  Dalam tidak sanggup, aku sanggup kan jugak untuk melihat dan mengalir jua air mata setelah melihat gambar tersebut dan bila mengenang saat-saat dia tengah kesakitan diperlakukan sebegitu rupa oleh seorang manusia yang bergelar Ibu.  Sekali pun baru berusia di awal remaja, sebagai manusia mana pergi nya perikemanusiaan tersebut.  Kenapa lah pendek sangat akal dan fikiran sehingga sanggup melakukan perbuatan yang mengalahkan binatang....


Wahai anak-anak remaja, itu lah orang tua selalu menyatakan Menyesal Dahulu Pendapatan, Menyesal Kemudian Tidak Ada Guna nya... Apa akan jadi dengan kehidupan masa depan mu jika dah terjadi begini rupa kisahnya.  Tapi yang ku perhatikan remaja sekarang, tidak pernah peduli apa-apa pun nasihat orang yang lebih tua.  Bila di tegur sedikit lalu nak melenting seolah-olah yang memberi nasihat hanyalah seorang adik, kakak, kawan dan bukan MAK BAPAK SENDIRI! NENEK ATOK SENDIRI... Orang yang memelihara kita dari tapak kaki sebesar ibu jari sampai tapak kaki dah besar pinggan pun tetap orang itu yang pelihara selagi nyawa di kandung badan... Waima sendiri dah bekerja satu hari nanti pun, mereka tetap memelihara kita kerana apa? Kerana itu adalah amanah yang Allah berikan kepada ibu bapa! 

Aku terpanggil untuk mencerita kan perihal seorang anak kepada sahabat ku... Biarlah aku cuma sebut di sini sahabat ku ini nama nya A, lelaki pertengahan 50an usia nya dan senior aku di pejabat ini.  Satu hari si A tiba-tiba memberitahu aku.. "Yus, anak-anak sekarang di suruh bersekolah, tidak mahu belajar betul-betul.  Lain yang di suruh lain pulak yang dibuat".  Ayat cuma bergantung begitu sahaja tanpa penamatnya dan aku cuma diam bila dia berkata begitu.  Aku tidak berani bertanya lanjut kerana aku melihat dia dalam keadaan yang terlalu tertekan.  Tapi aku maklum mungkin ada masalah yang berkaitan dengan anaknya yang masih bersekolah.  

Satu hari sekali lagi si A memberitahu aku perkara yang sama.  Kali ini aku memberani kan diri untuk bertanya... Kenapa? Apa masalah anak you? Ponteng sekolah kah? Kena tangkap poliskah? Ambik Dadah? Dia cuma memandang aku dengan muka yang muram dan menggelengkan kepala. "Worse than that" dan terus diam belum bersedia agaknya..

Akhirnya satu hari dengan berlinangan air mata mungkin sudah tidak tertahan lagi, "Yus, cantik tak baby ini?" sambil menunjuk gambar baby dalam HP nya.  Aku bilang very cute... dan aku tanya anak siapa? Dia jawab "cucu aku".  Aku blank tapi tetap jugak bertanya soalan yang bodoh aku rasa, anak you yang mana satu kahwin? Sebab rasa akulah belum seorang pun anak-anak nya sudah kahwin.  Kalau ada, dah tentu ada jemputan dari dia... Last-last air mata yang berlinangan tadi jatuh jua di pipinya... "Itulah aku bilang, kita hantar mereka ke sekolah supaya hidup mereka senang satu hari kelak, tapi mereka tidak mahu hidup senang." "Baby ini adalah anak kepada anak ku yang bongsu".  Aku terkejut dan jatuh kesian serta berasa ngeri bila mengenangkan saat-saat menghadapi masalah tersebut.  Untuk makluman anda sekalian, anak kepada sahabatku ini, ketika melahirkan bayinya dia cuma berusia 15 tahun dan sedang menunggu result PMR masa itu.  Dan bapa kepada bayi itu baru sahaja habis  test SPM.  Bayangkan siapa yang susah? Siapa yang bertanggungjawab untuk memelihara baby yang telah lahir itu? MAK BAPAK jugak kan???? Bayangkan seorang bapak boleh menangis bila anak membuat sesuatu yang telah menjatuhkan maruah apatah lagi mak... Apa yang aku tahu isteri kepada sahabatku jatuh sakit dan di admittedkan ke hospital beberapa hari kerana darah tinggi.

Aku difahamkan oleh sahabatku ini, rahsia anak nya terbongkar selepas kakak nya yang sulong telah terjumpa diari si adik.  Dalam diari tersebut dia seolah-olah bercakap dengan babynya, apabila dia lahir ke dunia kelak, kita sama-sama pergi ke dunia lain agar tidak menyusahkan orang lain... Maksud nya konon-konon andai kata baby itu lahir nanti mereka sama-sama akan bunuh diri... HEBATTTTTT!!!! Dah buat dosa besar nak bunuh diri lagi... Senangnya fikiran setelah membuat kesalahan yang besar... Tidak menyusahkan orang lain konon... tapi tidak difikirkan bagaimana tamparan keluarga mereka serta reaksi masyarakat terhadap keluarga setelah apa yang dilakukan... nang bena kata kak lehot..bila dah begerek alu lupak daratan..kawan, keluarga hilang entah ke mana..hayal gilak dgn gerek nya ya..kelak bila dah putus, dah ada olehhhhh muka kedak kodok gago nak agak kawan, baruk gago nak ingat family. Rembah rembeh aek mata... sapa nyuroh tekkkkkkk ada orang nyurohhhhh... 

Dipendekkan cerita, baby itu sekarang usianya 1 tahun lebih... dah menjadi seorang budak yang kiut dan hari-hari aku mendengar atoknya call sambil bercakap menggunakan baby languange dan seolah-olah si gadis kecil itu faham apa yang atoknya beritahu. Malah tido dengan nenek atok malam-malam pulak... Mana mak nye? Mak nye sedap-sedap tidur sendirian kat bilik dia sendiri kerana apa? Mak bapak tengah consider tahun ini dia sedang menduduki peperiksaan SPM....  Nah.... segarang-garang orang tua pun, sik ada nya kempang ati nak nandah anaknya sorang dirik nanggong kesusahan.... Kotan sayang dengan anak dah tua rangga pun terima juak baby kecik tido sama-sama macam sidak lagik mudak dolok.... Yahhhhh... sik di terimak sekolah sapa yang tungkus lumus turun nait education??? Bapak dgn mak juakkkkkk...

Please lah jangan suka menyusahkan hati orang tua.... Tidak dapat membahagia kan dari segi wang ringgit, just BE HAVE YOURSELF... jaga badan, jaga maruah ingat Tuhan... Kepada ANAK-ANAKKU dan siapa-siapa pun remaja diluar sana samada yang beragama Islam, Kristian, Buddha dan sebagainya ingat lah berfikir sebelum melakukan sesuatu yang boleh merugikan masa hadapan diri sendiri!!  Masa remaja hanya sekali jadi kan lah ia KENANGAN YANG TERINDAH... JANGAN JADI KAN IA KENANGAN YANG MENJADIKAN KITA PENGHUNI DI MUKA BUMI INI YANG SENTIASA MENYESALI TINDAKAN KITA SEUMUR HIDUP..... ITU DI DUNIA, BELUM LAGI DI AKHIRAT....



Setiap apa yang berlaku kepada anak-anak, yang menanggung semua nya
ADALAH IBU BAPA.......

தீபாவளி வாழ்த்துக்கள்---- Deepavali valthukal (HAPPY DEEVAPALI UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA)


0 kamu yang sporting:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive