Followers


Daisypath Anniversary tickers

Saja-saja jer!

Dah seminggu lebih dah Oktober berlalu.... cepat jer masa berjalan... tak terasa minggu ni dah jadi tengah bulan untuk Oktober.  Dan hari ini 10.10.2011 my eldest punya birthday yang ke 16 tahun.  Last Friday 7.10.2011 my second eldest punya birthday yang ke 14 tahun.  Lusa 12.10.2011 my nephew yang sulong birthday 4 tahun dan the next day pulak 13.10.2011 my second younger brother birthday 27 tahun... Memang kira bulan birthday lah untuk keluarga kami bulan nih... Habis jer 2 minggu ni, 28.10.2011 aku dan rakan seofis sibuk pulak dengan Annual Dinner.... Itu dah tanda-tanda penghabisan untuk bulan Oktober dan hampir-hampir dah dengan penghujung tahun.... Wahhh kejap jer rasanya 2011 bye.. bye... 2012 dah hai..hai...!

Cakap tentang last week, PM kita telah membentangkan tentang BELANJAWAN 2012.  Orang gomen lah yang paling seronok especially "TICA..TICA".  Orang swasta dengar jer... kalau nak ikut mesti beri kertas kerja... itu pun kalau dipersetujui.... hmmmmm gigit jari lagi ler kami orang swasta nih.... Tak pe aku tetap happy sebab tempias pun ada kat Mr. Asben... Kalau Mr. Asben naik gaji, maka secara otomatik aku pun naik gaji jugak hehehe.... gaji dari Mr Asben.... boleh sik yangggggg????

Yang paling best tentang had umur untuk bersara telah dinaikkan dari 58 tahun ke 60 tahun untuk kakitangan GOMEN... Time tu aku dengar melalui radio, gelihati pun ada sebab imajinkan kakitangan-kakitangan yang dah sepatutnya berehat di rumah sambil meningkatkan amal ibadat, bermain dengan cucu-cucu, lepak-lepak dipasar sambil minum di kedai kopi macam bapak ku yang santai jer balik rumah lepas lepak dengan kawan, duduk, cukup masa jalan ambik cucu sekolah, balik tidur, cukup masa untuk solat,  dia solat dan sebagai nya... 


Pendapat aku mengenai ini? Bagi aku, kalau perempuan memang tidak sesuai untuk bekerja sampai had umur 60 tahun.  Sedangkan seusia aku sekarang pun jiwa raga dah tak de kat ofis dah bila mengenang masa untuk anak-anak memang amat terhad.  Sampai bila lah nak jadi kan pejabat ni rumah pertama yang sepatutnya menjadi rumah kedua?  Harap-harap tempat ku kerja ni, tidak lah buat proposal nak menambahkan had umur  bersara naik ke 60 tahun.  Cukuplah 56 tahun.  Berilah peluang kepada generasi muda yang semakin banyak keluar dari tempat pengajian tinggi.   Berilah peluang kepada mereka untuk dinaikkan pangkat pulak.  Betol tak?  


Generasi baru, baru juga cara pemikiran mereka.  Begitu juga kalau cara mereka nak uruskan pejabat.  Andai kata cara mereka menguruskan itu tidak sehati sejiwa dengan kakitangan yang sudah jadi warga emas, kan kah tension mereka-mereka ini untuk menangani masalah staff yang "DEGIL" hehehe... yer lah nak dimarah, orang tua, nak di arah pun orang tua, nak ditego kesalahan orang tua, last-last boss muda makan hati kerana tak berani nak beri arahan kat staff senior yang sesenior mak bapak mereka... Yang si staff ni pulak ikut kepala dia jer... "kau orang mudak, jangan berani gilak nak melawan tutor kata orang tua"  "aku lamak agik kerja dari kau". I'm sure this kind of dialogue memang akan wujud. Semakin berumur, jiwa makin sensitif.  Jangan lah kata umur tahap 50 an begitu, umur macam aku belum sampai 40 an pun berjiwa sensitif kalau salah gaya nya...  If anything happen like this how? Perang mulut lah jawabnya.  

Tapi yerlah bak kata kazen ku, bila status fb ku aku letak "BEKERJA SAMPAI BONGKOK" dia komen, "mana ada bongkok tengoklah HAJAH AMINAH (mak dia) & HAJAH ROSNI (mak aku) tidak bongkok pun, masih bergaya what!"  Yupp our mother at the age nearly 60th memang masih bergaya.  Tapi beza nya kat sini aku cuma kata kalau lah orang seperti mereka bekerja di pejabat till the age of 60th, I think pulang ke rumah memang sentiasa buat muka tension... hehehe... Letih memandu, lain nak melayan keperluan suami (kalu yg dot com dot my tu, usia tu memang lah tak de lagiiiii... haiyaaaa otak jangan blue lah hehehe).  Ahhhh tak nak lah cakap pasal ni dulu.... yang penting sekarang ni aku perlu bekerja keras lagi, anak-anak ku nak menghadapi peperiksaan besar next year... THREE OF THEM... itu lagi buat aku tension.... malas lah nak fikir dulu pasal pencen-pencen ni.

Tapi aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada PM kerana sekarang sesiapa sahaja yang ada caruman dalam KWSP, boleh daftar nama untuk pergi Haji melalui caruman tersebut.  Ini sangat-sangat meringankan beban kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk menyimpan wang di Tabung Haji, bukan tidak ada wang untuk di simpan tapi banyak lagi keperluan harian yang perlu digunakan melalui wang tersebut... THANK YOU VERY MUCH FOR THAT Datuk!
Gurau gurauan rasanya dah berkurangan tapi bertengkar mulut memang akan berlaku... 
jiwa sensitif kata kan... hehehhee

3 kamu yang sporting:

Cik Amni berkata...

oh! boleh o... kmk belum register gik... bah, boleh la kmk register nait aji kelak....

nang mena aie.. 60 sik sesuai.. bukan apa.. nektok pun dah banayk bah pengangguran.. mun tambah gik usia urang nak kerja.. adoyaii.. makin rami urg menganggur kelak... hemmm....

macam kmk, kerja company jak.. sebab kerajaan sikda kerja.. ya kmk pikey nak berbisnes fulltime jak la.. huhu

azah sofi berkata...

Erk,,cmne agaknya kerja masa umO 60 nanti..Huhuhuhu..

Kak Yus berkata...

Makseh Amni kerana follow akak... aok berkenaan dengan kwsp ya, rasanya tahun depan bok dpt kita register kali... tahun tok sidak gik ngato sistem... kali lah...hehehe coba jak nay tauk...

Azah87, terima kasih kerana singgah kat blog akak yg tak seberapa ini, yalah akak pun tak tau cam ne agaknya keja usia 60 tahun... Akak harap dia orang akan buat option untuk siapa2 yang nak keja sampai usia tu dan siapa yang dapat pencen lebih awal...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive