Followers


Daisypath Anniversary tickers

Setiap Bulan Ramadhan Bapak Ku Selalu Pesan


"Jangan cakap sebarang mun bulan posa kata bapakku sebab segala tutor kata kita semua nya akan didengar dan dimakbulkan oleh Allah SWT" 
Itulah pesanan yang aku selalu dengar setiap kali bulan Ramadhan.  Bapak ku memang akan sentiasa berpesan dan akan tetap mengeluarkan ayat yang sama setiap kali terdengar aku atau emakku kadang-kadang marah-marah dengan anak-anak.. yalah kadang-kadang walaupun puasa kesabaran pun akan nipis jika anak-anak buat hal di depan mata hehe...

Dari apa yang dapat ku faham dari pesanan bapak ku itu, aku ingin menyarankan kepada mereka-mereka yang berkehendakkan sesuatu, yang paling penting jangan lupa solat 5 waktu dan sentiasa ikhlas mengerjakannya.  Selepas itu, berdoa lah sebanyak yang kita mampu kerana aku rasa bulan yang baik dan mulia ini ambil lah kesempatan untuk membaikki diri kita dan meningkat takwa dan amalan serta iman. Sebab itu lah Ramadhan adalah bulan segala bulan... Sangat terbaik dalam mengerjakan amalan dan berdoa.

Kalau kita bersolat tapi tidak berdoa, itu adalah satu kerugian untuk diri sendiri.  Ramai aku perhatikan termasuk anak-anakku sendiri, solat memang dikerjakan tapi sekejap aje dah keluar dari bilik solat.  Kenapa? Kerana tidak ada zikir dan doa.  Sedangkan kesempatan untuk memohon sesuatu dari Allah SWT sudah terbentang luas tapi tidak digunakan sebaik-baik nya...

Kepada mereka yang lambat ada jodoh, kenapa tidak berdoa kepada Allah dipertemukan dengan seseorang yang baik dan beriman selain ada (kerja tetap = untuk si gadis) :P .  NAY TAUK TAHUN DEPAN RAYA DENGAN LAKI/BINI hehe.... Dan kepada mereka yang belum di beri rezeki mempunyai anak, pun berdoalah dua tiga lima kali ganda dalam bulan puasa ini, insyallah Allah SWT sentiasa mendengar luahan hati hamba-hambanya.... 

Tapi sentiasa beringatlah, andai kata doa-doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah SWT secepat yang kita kehendaki, janganlah berputus asa, kerana setiap apa jua yang terjadi di dalam hidup kita memang perlu di rancang tetapi Allah SWT yang menentukan.... jika belum waktu nya diperkenankan doa-doa kalian itu ertinya Allah SWT sedang menguji ketabahan, keimanan dan kesabaran kita.  Allah SWT menguji setiap hambanya kerana SAYANG kan kita..... Dan Allah SWT tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu untuk menghadapi nya.

"Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan rahmat dan kemuliaan dari awal Ramadhan hingga ke akhirnya. Sabda Allah s.w.t yang bemaksud, " Apabila tiba bulan Ramadhan, maka terbukalah pintu-pintu langit". ( riwayat, Mutafaq Alaih) 

Pintu langit terbuka maksudnya Allah s.w.t mencurah-curahkan rahmat kepada hamba-hambanya yang memohon, berdoa dan beribadat kepadanya. 

Diantara kemustajaban bulan Ramadhan terdapat satu saat yang paling mustajab iaitu di saat turunya Al-Qadr. Allah akan memakbulkan setiap permohonan hambanya di saat tersebut dan barang siapa beribadat pada malam Lailatul Qadar sama seperti beribadat seribu bulan."

Jadi jangan lupa berdoa ya!! kerana doa merupakan satu elemen yang penting dalam kehidupan seseorang muslim.  Iya adalah senjata bagi orang-orang mukmin.  Begitu juga ia menjadi satu pengakuan hamba terhadap kekuasaan Allah SWT yang mutlak ke atas segala yang berlaku, manakala dari sudut yang lain pula ia adalah suatu bentuk pengabdian seorang hamba kerana hadirnya perasaan berhajat kepada Allah SWT.


psssstttt... ustazah KAK YUS ngegeh nak berceramah..... "Aduh manis nya kurma ini"....ekekekekeke "Selamat Beramal....." 

0 kamu yang sporting:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive