Followers


Daisypath Anniversary tickers

Sabar Je Lah

Aku terbaca satu post kat status FB seorang teman (Kawan A)
Kerajaan Umum Bonus  Setengah Bulan Gaji 

Kawan B : Tak Adil

Kawan A : Kerja Kuat Kah, Malas kah tetap juga 2%

Kawan C : Cakap pun susah, bagus diam sajalah... ikut rentak saja bang!

Kawan  A : Datang ofis duduk macam tunggul, orang lain kerusi belum panas dah ulang alik pergi travelling, bagus duduk kat rumah online.  Tak bingung memikirkan hal duit dan bayar parking kereta...hehehe

Kawan C : Boleh jugak!!

Kawan D :  Sabar Bro, jangan jadi mangsa keadaan, cari duit banyak-banyak, bila kompeni jatuh kita kongsi beli share...hehehe

Kawan A : Mangsa politik ofis Bro!

Kawan C :  Bila masa datang kita chau saja Bro..

Kawan D : Bro C .. saya setuju Bro...

Kawan A : Yalah kita tunggu masa saja nih...

Kawan C :  Apa boleh buat Bro, komitment banyak sangat nih...


Kan? Rezeki masing-masing Allah saja yg tahu
Itulah dialog yang terucap yang di olah balik oleh aku... kenapa ada perasaan begitu? Aku pun tak tahu walaupun aku tahu (eksen sik faham) ... Aku tak nak menyalahkan sesiapa dalam hal ini... Dulu memang ada JANJI MANIS mu tapi sekarang PELAMIN ANGGAN KU MUSNAH Bang...hahhahaha.. Mereka pun ada perasaan juga ingin dihargai.  Apa yang dapat ku kata kan? Ambik jawapan standard artis je lah yeeerr.... NO KOMEN...

Bagi aku, dulu pun memang ada perasaan begitu.  Aku nak kata aku ni perfect sangat tidak lah.... tapi otak ku ini selalu dibrain wash kan oleh mak... buat KERJA atau BELAJAR biarlah ikhlas kerana Allah.  Bila kita ingat kerana Allah, Insyallah tup tup rezeki terbukak, melimpah ruah ia datang hingga tangan pun tak dapat nak sambut rezeki itu.... Nak cuba? Cuba lah tak rugi, lagi pun free jer cubaan tuh dan terus dapat keuntungan jika mempraktikkannya.... hehe Betol aku tak bohong.... Ikhlas lah niat semua nya kerana Allah, bukan solat saja tau kerana Allah tetapi semua amanah yang dilakukan hendak lah niat nya kerana Allah... Insyallah semua berjalan dengan lancar.

Betul kah aku dapat seikhlas itew??? Percentage ke arah itu lagi ada 70%.. maksud nya baru jer 30% belum sampai setengah hahaha... mesti praktikan lagi betol tak? Dah ler percentage nak naik slow nak mampus macam streamyx.  Asyik loading jer.  Yup!! I'm not a perfect person... sometime I have a feeling "IRI HATI" to see some people very easy to get something that they want tanpa perlu bekerja keras...

Mudahnya kan kalu mempunyai suami seorang JUTAWAN? hehe....
Suatu hari seorang teman berkata, "Yus kalau aku perempuan aku akan berenti kerja dan carik laki kaya... dapat ku rilek-rilek jak kat rumah tapi duit tetap mashhukkkk"... wahhhh... aku ketawa bila mendengar luahan perasaan itu dari seorang jejaka... Aku pula jawab kat dia, "kau tauk apa cita-cita aku kinektok? aku nak berenti kerja... aku nak jaga laki dan anak ku benar-benar... kesian sidak" yuppp that is my ambition now... Tapi cakap memang senang beb... kalau aku tak ingatkan anak-anak aku yang memerlukan $$$$ untuk membayar tuition mereka, yalah tahun depan My Eldest (SPM), My Second (PMR) dan My Bujang (UPSR).  Kalau harapkan gaji Mr Asben aje mana nak cekau bayar $600 sebulan hanya untuk tuition SAHAJA... itu belum lagi makan minum, bil api, bil air, bil DIGI, petrol dan sebagainya... FUHHHHH bukan senang bukan? nak ambik keputusan jadi SURI RUMAHTANGGA untuk seseorang yang sudah mempunyai pekerjaan seperti aku....

Aku nak kata apa lagi yeerrr....  SABAR JE LAHHH... mungkin ada hikmah di sebaliknya... hari ini kita tidak merasa apa yang mereka rasa, hari ini kita susah walaupun bukan kemahuan kita sendiri.   Takkan lah semua insan-insan di dunia ini akan senang lenang jer kan?  Kalau begitu memang semua kita akan jadi lupa daratan kalau kita di takdirkan sentiasa senang lenang dari start lahir ke dunia sampai pergi ke alam barzakh... senang jeeerrrr sampai tak ingat Tuhan yang memberi kesenangan.... betul tak?

APA-APA PUN, hari ini kita tidak ada bonus, HUJUNG TAHUN insyallah KOMPOM ada BONUS... hehe...

Chan Chin Chau.... Hidup mesti senyum selalu agar sentiasa AWET MUDA macam aku (bluweeeekkkkk - jangan muntah ijo jak lah hehehe)

Salam!!


0 kamu yang sporting:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive