Followers


Daisypath Anniversary tickers

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum....

Tak terasa dah hampir ke penghujung dah bulan Ramadhan. So amacam puasa di kalangan kalian? Aku punya puasa biasa-biasa jer... Puasa YOK YOK 6 hari hehehe... biasalahhhhh lumrah untuk seorang wanita diberi peluang Allah Taala untuk bercuti daripada mengerjakan solat dan berpuasa.  Tapi tugasan untuk bangun menyediakan sahur tetap dijalankan dan tukang rasa makanan yang mak masak pun aku konker time tu, itu pun paksa makan di teluk dinding takut kantoi dengan anak ku si Sofea Jane.

Dah tempah or buat kek raya? Aku cuma tempah satu jer tahun ni, itu pun dengan makcik ku sendiri, yang lain belum ada idea. Mungkin hanya sekadar main tunjuk lepas tu bayar hehe... Selepas kes MENTEGA TONG tu, adik-adikku pun macam tak de mood nak buat favourite biskut mereka.  Aku pun mungkin tak buat kek favourite aku jugak iaitu KEK HIJAU (kek ya NGAK pande di polah kohhhhh ehehee) Memang betul-betul belum ada idea bagaimana dan macam mana...

Aku cuti nak beraya dari hari Selasa yang lepas kerana konon-konon nak berkemas rumah awal.  Tapi oleh kerana iklan-iklan dari penaja yang datang dan tidak dapat dielakkan, sampai hari ini rumah pun belum 100% kemas.  Lain melayankan si ibunda nak pergi jalan-jalan, lain nya si kecil Daim ku di hantar kat rumah untuk dijaga (mama dan papa nya pi jalan-jalan - pintarrrrr gitu hehe). To be continued lah gaya nya ni...

Jalan-jalan di Bazaar Ramadhan Semarak, aku terjumpa dengan satu gerai yang menjual biskut.  Terasa ingin membeli tapi takut tidak sedap.  Tapi boleh lagi aku tanya kat tauke dia... "Sedap ke Makcik" tentulah dia jawab sedapkan? Dah memang dia yang buat untuk dijual... tapi perkataan hujung tu yang buat aku tersengih bila mendengar nya... SEDAPPPP TAPI SIK DAPAT LAWAN MUN MAKAY MENTEGA TONG.   Yahhhh ada gik perkataan MENTEGA TONG.  Tau apa MENTEGA TONG? Orang dulu-dulu cakap GOLDEN CHURN tu MENTEGA TONG.  Kalau dia orang nak sebut GOLDEN CHURN payah sikit lidah nak keluar kan sebutan tu,  ambik senang jadi MENTEGA TONG kerana kat kulit dia ada gambar tong... kreatif kan orang-orang kita...  Yang lucu nya setiap Kedai Bakery sekarang mesti mempamerkan surat kenyatan untuk menyatakan KEDAI KAMI TIDAK MENGGUNAKAN MENTEGA GOLDEN CHURN.  Kalau dulu, tidak guna MENTEGA TONG itu pun, dia orang akan kata mereka guna mentega tu untuk menjadi alasan menaikkan harga kek dan sebagainya...tapi aku sampai la ni, belum berani lagi nak beli roti kat kedai-kedai yang tauke nya bukan muslim seperti TAKA DAN MITA... belum berani, tunggu hati dah terbukak dan perasaan was was dah hilang mungkin aku akan kembali menjadi peminat setia mereka.  Minta Maaf tauke, customer lain ada maaa... tidak lugi kalau saya solang tidak beli maaaa... hehee


MENTEGA TONG
Masih berkisar tentang MENTEGA TONG, riuh negeri kita di buat oleh nya awal bulan ramadhan yang lalu.  Sampai ustaz yang memberi ceramah kat masjid sempat menyelitkan tentang hal itu di dalam ceramah mereka.  Yalah sampai ustaz  pun bilang "rupa-rupanya secara tak sengaja kita pun dah termakan benda haram tu, nasib baik JAIS sempat membuat siasatan kalau tidak mahu dah seekor dalam badan ni" jawab pulak kawan si ustaz "kalau seekor, kalau dua ekor?" hehe... Ustaz tu rasanya belum lama lagi makan kek-kek lapis atau mana-mana kek yang selalu kita buat asal je Hari Raya menjelma kerana dia berasal dari Semenanjung, tapi kalau macam kita? Kalau aku, memang dari kecik dah.  Kalau mak ku buat kek memang pakai mentega tu.  Sampai aku sendiri yang buat kek pun pakai mentega tu.  Adik-adikku buat biskut mereka pun pakai juga mentega tu.  So berapa ekok dah rasanya dalam badan ku tok? Maok lebih dari 20 ekok nak???? Eeeeee dunnnaaakkkkkk.... tapi apa boleh buat, bukan di sengajakan.  Kalau kita termakan dengan sengaja itu lain cerita nya kan.  Tapi ustaz tadi memberitahu andai kata kita tidak mengetahui perkara haram yang telah kita kerjakan "Kembali dan memohon keampunan kepada Allah, nescaya Allah akan menerima taubat hambanya.... 

So, iboh jak kita guna MENTEGA TONG agik.... sak kek lapis atau segala-gala kek di Sarawak tok jadi murah.... TOL SIK? hehehe

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN 

DARI KAK YUS DAN KELUARGA - MUN SUDI DATANG KE RUMAH, AKU NYEDIA ROTI KEBEN DENGAN AEK TEH JAK....hehehhehe...

0 kamu yang sporting:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive