Followers


Daisypath Anniversary tickers

Kamu fikir kamu bijak!!

Hari ini baru jer 16 Syawal .  Walaupun kemeriahan dah berkurang, mereka-mereka yang bercuti pun ramai dah balik ke tempat kerja masing-masing tapi kita masih berada di bulan Syawal.  Masih kedengaran riuh rendah nak menyambut lebaran, bunyi berdetum detam mereka yang bermain mercun.  Kepala masih pening kerana terlalu banyak makan kari, daging lembu or kambing and so on, itu masih ada dalam ingatan.  Masih wish dengan kawan-kawan jauh dan dekat, Semenanjung dan Sarawak melalui FB dengan ucapan "SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN".

Tapi semalam aku terkedu, tengah seronok "berFBing", terpandang satu page.  Nak ku sebut pun aku tak sanggup.  Serius, I don't like that page. Kecewa, marah, panas (ngeredak rasa hati ku nak click LIKE kat page ya) tapi ku tahan kan jugak kerana aku tak nak LIKE page itu.  Kalau aku LIKE secara automatik nya aku seolah-olah menyokong page tersebut walaupun aku tahu mereka-mereka yang LIKE page tersebut hanya ingin memberi komen.  

Belum habis terkedu semalam, hari ini aku terpandang satu lagi PAGE, yang berkaitan dengan PAGE semalam.  Ingin ku menyatakan kat sini, kenapa lah membuang masa membuat Page yang boleh menjahanamkan diri sendiri di masa akan datang.  Adakah yang mencipta page tersebut seorang kanak-kanak yang yang belum matang atau seseorang yang bijak pandai yang terlalu "MATANG".  Ingin ku sarankan kepada manusia yang bijak pandai itu supaya masuk library ambik buku tentang MALAYSIA DAN SARAWAK, kumpul kan HARIAN METRO, BERITA HARIAN & pelbagai lagi newspaper yang berlambak di pasaran bacalah satu hari suntuk atau take time berapa banyak pun dia mahu supaya menyelidik sendiri adakah apa yang dia creat tu betul kah terjadi di sini ataupun apa yang di create itu umpama "meludah selepas itu jilat kembali"... yalah kenapa aku cakap begini, apa yang dicreate, di tuduh dan di tulis serta gambar-gambar yang diupload semua nya kena kepada dia dan tanah air yang dia cintai itu.  Kami di sini jer yang tak nak kecoh pasal tu...

Aku tak  nak cakap banyak-banyak.  Aku tengah geram, tengah marah dan kalau boleh aku nak tampar aje muka orang yang buat page tu.... Kesian mak bapak dia hantar dia ke sekolah, belajar sampai masuk universiti (kalau tidak bawah TITI) supaya ilmu pengetahuan nya luas bukan macam katak di bawah tempurung, supaya dia tidak menjadi monyet yang hidup di hutan, supaya dia tidak tinggal atas pokok.  Dan ingin aku bertanya KENAPA NAK HURU HARA KAN MALAYSIA? Nak sangat kah negara kita menjadi PADANG JARAK PADANG TERKUKUR? Kalau nak, aku saran kanlah kau pergi SOMALIA sana yang tak de makan/minum (kalau tidak ada sedekah dari mana-mana pihak), kena penyakit yang tidak ada ubat ataupun paling senang kena TEMBAK jer kalau susah sangat nak tengok negara kita aman damai.

Bertaubatlah wahai sahabat andai kata kau tu orang seagama dengan ku kerana bila mati kelak berapa ramai kami-kami di sini yang tidak memaafkan kau kerana dosa-dosa kau menghina bangsa kami di sini melalui FACEBOOK.  Terima kasih anyway kerana aku pun tidak sangka, masih ada rupanya golongan masyarakat berfikiran sempit macam kamu!





2 kamu yang sporting:

ღ❤❣::A.J.M::❣❤ღ berkata...

aihhhhh... bongok cdak ehhhh... huhuuu... panas ati...

Kak Yus berkata...

Panas nak.... geram akak tok....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive