Followers


Daisypath Anniversary tickers

Cuti Umum Bagi Sarawak

September Bulan Paling Banyak Hari Cuti Am Bagi Sarawak
22 July 2011

KUCHING, 22 Julai (Bernama) -- Sarawak mengisytiharkan hari cuti am tambahan, sama ada pada 1 atau 2 Sept ini berikutan Aidilfitri dan Hari Kebangsaan dijangka disambut serentak pada bulan depan. 

Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Korporat Jabatan Ketua Menteri, Bakrie Zaini berkata sekiranya Aidilfitri disambut pada 30 Ogos, hari raya kedua ialah pada 31 Ogos yang merupakan Hari Kebangsaan, maka 1 Sept akan menjadi hari cuti am tambahan. "2 Sept akan menjadi hari cuti am tambahan sekiranya Aidifitri disambut pada 31 Ogos kerana 1 Sept (hari raya kedua) juga hari cuti am," katanya pada sidang akhbar di sini Jumaat. 

Bakrie berkata pengumuman hari cuti am tambahan itu dibuat bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan orang ramai, pekerja sektor swasta dan penjawat awam. Beliau berkata sambutan ulang tahun ke-90 Yang Dipertua Negeri Sarawak pula diputuskan disambut pada 24 Sept. "24 Sept juga ialah hari cuti am," katanya dan menurutnya seminggu sebelum itu juga terdapat hari cuti am iaitu pada 16 Sept bagi sambutan Hari Malaysia. 

Bermula minggu depan, katanya banyak aktiviti telah disusun di Sarawak sempena sambutan Hari Kebangsaan, Ramadan dan Aidilfitri. "Buat permulaan pada 27 Julai, kempen Kibar Jalur Gemilang akan dilancarkan serentak di bandar-bandar utama di Sarawak," katanya. Pada 31 Julai, Sarawak akan menyambut Hari Pahlawan di kompleks Dewan Undangan Negeri yang lama. Katanya pada 18 Ogos akan diadakan Majlis Berbuka Puasa 1Malaysia di Masjid Jamek di sini dan majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Merdeka akan diadakan di Stadium Tertutup Negeri pada hari raya pertama.

Sumber :- (BERNAMA) & Sarawak Federal Secretaries Office

4 kamu yang sporting:

Vivian berkata...

wah..byk cuti...thanks for the info

Kak Yus berkata...

kakak bercarik tek deng... heran nenga sidak madah cuti sik 1 or 2 hb kelak... tok dah kira kompom lahhh... puas hati hehe

Tanpa Nama berkata...

cam byk jak cuti bln semilan ya oww.. huhu~ yes2!!

Kak Yus berkata...

Yalah banyak jak bunyi tapi bila kmk check almanac tadik, 24hb, hari sabtu bah mmg kita x kerja. Tapi apa2 pun mun org setanah dgn org tua mcm kmk minak ambik 2 hari jak annual leave. Best juak ya. Jimat. Hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive