Followers


Daisypath Anniversary tickers

Datuk termuda Britain akan bantu keluarga anaknya


KeluARga datuk termuda Britain terdiri daripada Shem Davies (dua dari kanan), Kelly, (kanan), Jordan (kiri) dan Tia yang memangku anaknya, Gracie.


LONDON - Datuk termuda di Britain, Shem Davies yang berusia cuma 29 tahun memberitahu, dia akan membantu anak perempuannya, Tia dan teman lelakinya, Jordan untuk meneruskan kehidupan mereka, lapor sebuah akhbar semalam.
Pada awal bulan lalu, Tia yang berusia 14 tahun melahirkan seorang bayi perempuan, Gracie, hasil hubungan intimnya dengan teman lelakinya itu yang berusia setahun lebih tua.
"Pada awalnya, saya agak marah apabila mengetahui anak perempuan saya mengandung. Namun kemarahan itu beransur hilang," kata Shem.
Malah, Davies dan bekas kekasihnya yang berusia 30 tahun Kelly John iaitu ibu Tia, kini gembira dengan kelahiran cucu mereka.
"Saya menerima semua yang berlaku dengan positif," kata Davies.
Sementara itu, Jordan yang menduduki peperiksaan beberapa minggu sebelum Gracie dilahirkan memberitahu, dia sedar tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.
"Saya ialah ketua pasukan ragbi sekolah saya, ia seperti memiliki 14 orang anak," katanya. - Agensi
sumber : kosmo
3 generasi - Ayah , Anak & Cucu
Tapi tahukah anda? Anak kepada Shem Davies ini telah mengulang semula sejarah yang pernah berlaku terhadap Davies sendiri 15 tahun yang lalu?
Shem Davies dan Tia 15 tahun yang lalu
Shem Davies saat ini mungkin tercatat sebagai Datuk termuda di Britain. Bayangkan saja, di usia yang baru menginjak 29 tahun, dia sudah memiliki seorang cucu.  
Davies sendiri baru berusia 14 tahun ketika menjadi ayah untuk pertama kalinya.
Kini, anak Davies yang bernama Tia, melahirkan bayi perempuan seminggu sebelum ulang tahunnya yang ke-15 di Bridgend, South Wales.  
“Saya sangat senang dengan kelahiran cucu pertama saya,” akui Davies, seperti diberitahu kepada akhbar The Sun. 
Cucu Davies, Ava Grace saat ini berada di inkubator setelah lahir 10 minggu lebih awal dengan berat cuma 0.9 Kilogram sahaja.  Sementara itu, Ava Grace dalam kondisi yang sangat baik di unit perawatan khusus untuk bayi.
Davies mengaku terkejut ketika mengetahui Tia hamil.  Tia memberitahu Davies bahawa dia hamil dengan kekasihnya yang berusia 15 tahun, Jordan Williams. 
“Rasanya seperti seminit yang lalu Tia masih seorang bayi, tapi seminit kemudian dia sudah hamil.  Saya boleh sahaja marah padanya, tetapi apa untungnya?” tambah Davies lagi, yang baru tiga bulan lalu bercerai dengan 
Kelly, ibu Tia.
Kelly mengaku tidak pernah terfikir anaknya boleh hamil di usia semuda itu. 
“Mimpi terburuk saya adalah Tia mengulangi kesalahan yang saya lakukan kerana hamil di usia muda. Saya selalu mengajarkannya mengenai kontrasepsi,” tuturnya. 
Kelly merupakan pekerja di kafe, sedangkan Davies menganggur. Davies juga baru memiliki anak laki-laki berusia sembilan bulan bersama kekasih barunya.
P/S = kalau aku memang HISTERIA jadinya...

0 kamu yang sporting:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive