Followers


Daisypath Anniversary tickers

SEMUA IKUT PEREDARAN ZAMAN

Ingat tak dengan entry aku yang lepas? Kalau belum pernah baca, (klik sini)

Pada hari Isnin lepas, aku buat follow up di Hospital Umum... alhamdulillah everything is okay... tidak ada di syaki unsur-unsur kanser ada di kawasan servik ku.  And doktor nasihatkan aku buat sekali lagi pap smear 6 bulan dari sekarang untuk memantau perkembangan terbaru tentang servik ku ini.  You see kawan-kawan, pap smear penting... aku nasihat kan kaum ibu di luar sana, tolonglah buat pap smear, WAJIB tu....

Dalam masa yang sama, aku sempat lagi melawat seorang kawan sepejabat yang kena admit sebab tekanan darah dia tidak menentu.  Disebabkan dia mengandung maka doktor takut apa-apa akan terjadi ke atas dia dan baby andai kata dia tidak di "admit" kan. Maka bermastautin lah sahabat ku sehingga melahirkan kelak di hospital (ward pre-natal)... Ehsss aku dapat bayangkan betapa bosan nya duduk di sana.  Sedangkan aku kena admit hospital cuma 2 hari aje dah rasa macam sebulan... apatah lagi kalau menunggu sampai melahirkan.  Kawan ku itu, baru jer 7 bulan..... bayangkan...bayangkan... kalau aku, mau tak nangis....

Dalam syok bebual dengan dia, aku terpandang seorang jururawat sedang mengendong sesuatu.  Aku toleh sekali, dalam hati mungkin botol air panas.  Tapi kenapa lain benor botol air itu, dan kenapa botol air itu macam berbungkus.... Aku toleh lagi sekali, rupa-rupanya jururawat itu, tengah kendong baby.... baby yang baru lahir dia kendong macam tu.... kecik  baby tu, betol-betol besar air panas jer....hehehehe...  First time aku tengok... aku sendiri ada 5 orang anak tak pernah bawak anak ku macam tu... hehehe So cute ... seronok nya dia di kendong macam tu....Kepala dia pulak tak lembut... tegak jer... Dan baby tu sendiri macam tahu-tahu jer dia tengah jalan-jalan... tak nangis... dan mata dia terbuka okayyyy .... (masa tu, baby tu tengah nak di bawa oleh jururawat tersebut mungkin untuk check darah jaundice dia) Jururawat tu senyum jer bila aku dan kawan ku menegur cara dia bawa baby tu... Tapi yang pasti aku tahu mereka memang di latih bagaimana nak handle kerja mereka kan? Kita jer yang sebagai mak or bapak or nenek aje yang takut dan kekok nak holding baby yang baru lahir macam mana...hehehe


Mengendong baby macam ini memang dari azali lagi... dah selalu di buat orang


Masih dapat di terima kalau baby di kendong macam ni...




Tapi baby yang ku tengok di kendong begini,  dengan sebelah tangan sahaja... bayangkan dia dalam bungkusan, kepala tegak jer, mata terbuka dan dibawa jalan-jalan hehehehe.... mana tak geli hati melihat nya



Teringat aku 3 tahun yang lalu di klinik ibu dan anak di Bintulu.  Masa tu, aku sedang membawa anak ku Syaima untuk membuat pemeriksaan bulanan dia (masa tu syaima berusia 5 bulan).  Tengah menunggu giliran, aku terpandang seorang ibu sedang memangku anak nya yang ku kira baru jer berusia 2 bulan, kata orang baruk abis amben (baru habis pantang).  Posisi anak nya yang dibiarkan duduk tu, menghairankan aku.  Teringat dengan kata-kata mak, jangan nandah anak dudok macam ya, kelak pecah sarong taiknya (jangan biar anak duduk macam tu, nanti pecah usus besarnya).  Bila aku teringat kata-kata mak ku itu, aku jadi hairan bagaimana ibu muda tu, boleh tak terfikir perihal begitu akan terjadi terhadap babynya... Mustahil orang tuanya tidak menegur atau memberi nasihat dan tip cara-cara membawa baby...

Masih sedang duduk sambil menunggu giliran, tiba-tiba aku mendengar suara seorang jururawat menegur seorang ibu yang duduk di depan ku... "Jangan kitak besa gilak mbak anak kitak kedak ya, yalah nyuroh anak kitak lembek.... dudokkan nya sak tulang belakang nya cepat keras.... sik palak nya tegelek-gelek lagik...."  (jangan biasa bawa anak kamu macam tu, cara itulah menyebabkan anak kamu lembik, dudukkan dia, supaya tulang belakangnya cepat keras, tak lah kepala dia lentok-lentok lagi).

Baru aku tersedar, bahawa teori zaman mak, nenek aku dulu sudah jauh ketinggalan.  Dah tak dapat di pakai lagi... patut pun ibu muda yang mula-mula aku lihat tadi senang hati jer mendudukkan anak nya.. rupa-rupanya memang dah di suruh buat begitu.... 

Sebab itulah sampai sekarang, aku dah tak hairan lagi dah kalau terjumpa cara-cara mengendong baby yang baru.  Aku tahu mustahil tidak ada penyelidikan tentang hal itu oleh kementerian kesihatan.  Asal ada kebaikkan apa salah nya kita ikut style baru tu kan? hehehhe







Yang ini adalah anak saudara ku, MOHAMMAD ISYRAF DAIMAN - 9.6.2011.  Dia paling suka kalau di bawa dengan posisi meniarap begitu... sure tak nangis punya kecuali  kalau nak menyusu. Tengok kepala nya tegak jer kan? Baby sekarang ni, semua nya pintar-pintar, nak di tangan jer.... kalau di letak balik kat katil, confirm nangis....dah tu kenal lagi dengan mak dia... Mungkin kerana vitamin dan cara pemakanan ibu-ibu sewaktu mengandung yang membuat baby sekarang ni cepat matang sejurus melihat dunia... Anak zaman siber kata kan....

Apa-apa pun aku doakan semoga anak-anak zaman siber yang pintar-pintar ini akan maju jaya.  Yang penting zaman siber, zaman siber juga... pengetahuan tentang agama mesti lah maju sejajar dengan pengetahuan intelek mereka... Biar tahu mengaji, sembahyang dan sewaktu dengannya agar selamat dunia akhirat... Anak-anak sekarang memang perlu dipantau, kepintaran mereka kadang-kadang tak dapat dicapai dek akal... BAK KATA KAK LEHOT, kau tek kacaakkkkkkk??? Entah-entah aku terkejut esok lusa, aku dengar anak ku yang paling kecik akan menyebut tagline KAK LEHOT itu hehehhe (kotan pintar tek nakkkkkkk)


0 kamu yang sporting:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive