Followers


Daisypath Anniversary tickers

Suka suka nak kongsi

Hari ini aku memang lambat keluar dari rumah... bayangkan jam 6 petang baru nak ingat mahu ambik $$ di bank.... aisehhhh. Kalau tak kenangkan anak-anak perlu $$ untuk perbelanjaan mereka esok hari, aku memang malas nak keluar...  Jalan-jalan sendirian kadang-kadang membuat langkah ku jauh sekali jadinya hehehe... itulah orang cakap, jangan berjalan time nak maghrib nanti keluar segala hantu-hantu di luar yang mencucuk-cucuk hati supaya berjalan jauh.... Hmmmm kata nak jalan sekitar PJ jer... sekali terjalan sampai ke Satok gara-gara nak cari kasut sekolah untuk My Bujang and My Eldest yang sudah lunyai (cantik lagi roti canai)...!!!

Cubaan untuk mencari kasut mereka kat Wisma Satok, ehhhhh tempat  itu dah buat preparation untuk Hari Raya lahhh, lagu raya pun dah berkumandang.  Puasa baru nak ketuk pintu belum lagi memberi salam lagu Raya dah kedengaran di pasaraya tersebut...aku sure kalau cari betul-betul ni, memang ada kad raya melambak untuk dijual jugak!

Menaiki jejantas menuju ke pasar Satok menemukan aku dengan seorang OKU yang menjual tisu untuk mencari sesuap nasi bagi menghidupkan keluarga nya... Insan ini memang sudah dikenali oleh sesiapa sahaja yang menggunakan jejantas tersebut untuk menyeberang dari Wisma Satok ke Pasar Satok.  Hari ini insan ini tidak membawa anak nya bersama.  Pernah dia membawa anak nya sekali untuk duduk di sana sambil menjual tisu dan kebetulan ketika itu dia sedang menyusukan anak nya yang masih kecil.  Belas hati melihat seorang yang kurang upaya memelihara anak sedemikian rupa.  Sedangkan mereka yang sempurna membuang anak yang tidak dikehendaki mereka di merata tempat.  Malah ada yang sanggup membunuh.

Selesai segala pencarian, aku balik menuju ke tempat letak kereta yang terletak berdekatan dengan Wisma Satok.  Menuju semula ke jejantas tadi, angin sudah bertiup kencang.  Burung layang-layang sudah banyak yang berterbangan. Teringat dengan burung gagak yang terdapat di Sogo KL. Berlari anak aku dan Mr Asben takut kena "tembak free" oleh burung tersebut. Kalau kat jejantas Wisma Satok, mana nak pi  bersembunyi kalau dah memang open air jer jejantas tu... Yang pasti burung-burung ini sebenarnya balik ke sarang masing-masing setelah mengembara jauh entah ke mana.  Binatang lagi tahu waktu Maghrib kan? hehehe.... awak menyindir saya ke Burung.  Saya nak balik lah ni....

Perjalanan menuju ke Wisma Satok, aku diiringi oleh dua orang gadis yang seksi dan cantik.  Mereka berlari anak melintasiku bila melihat kilat sabung menyabung yang tiba-tiba terpancar di langit menandakan hujan hendak turun. Kilat kau takut yeerrrr, Allah kau tak takut pulak.  Teringat dengan si OKU tadi, bagaimana pula dia boleh emergency nak angkat dari situ kalau tiba-tiba hujan turun mencurah-curah....Alah bisa tegal biasa, itu sahaja yang mampu aku katakan.  Berbalik kepada gadis-gadis tadi, aku sebagai perempuan yang normal tetap memuji kecantikkan mereka apatah lagi kalau jejaka-jejaka yang melihat mereka.  Sempat aku melihat seorang suami orang pura-pura tidak melihat mereka melintas di depan mata nya dan tiba-tiba mata ku terpandang seorang wanita melihat gerak geri suami nya dari arah belakang hendak memastikan samada terpandang gadis-gadis itu ataupun tidak dan menoleh kearah gadis-gadis itu dengan jelingan yang sinis aka cemburu...hehehe.... Walhal gadis-gadis yang dijeling tadi tidak tahu apa-apa....Aku senyum kerana aku sudah mengalami prasa kehidupan begitu zaman muda-muda dahulu....Itu normal, zaman tidak matured lagi... sekarang ni, malas nak fikir lagi dah... aku pun dah ada anak dara jugak... part jeles-jeles dah buang kat air dah.... BUANG MASO KATA ORANG PUSAK. 

Jalan menuju ke eskelator aku terpandang seorang jejaka melihat gadis-gadis tadi dan tiba-tiba boleh tersenyum seorang sambil mengangkat kolar baju nya.... aiehhhh apa maksudnya itew??? hensem ke kalau angkat kolar baju mu? hahhaha... sambil menuruni eskelator leher nya tertoleh toleh untuk melihat gadis-gadis tadi, dan gadis-gadis tadi masih juga tidak sedar yang mereka jadi perhatian kerana keseksian mereka itu... hahaha... Hai dara berapa banyak dah kau menyumbang dosa-dosa mata kepada mereka yang melihat mu....

Memang menjadi lumrah bila bunga menjadi tumpuan lebah.... teringat ketika bertembung dengan seorang gadis muda yang juga cantik hanya  mengunakan t-shirt pendek dan short paint keluar dari pintu Wisma Satok.  Macam nak tersembul biji mata jejaka-jejaka yang duduk lepak sambil menunggu pelanggan datang  ke premis mereka... hmmmmm bab tu lah aku tak nak anak-anak dara ku seksi, biarlah bersederhana dari pakaian.  Biarlah tidak menjadi tumpuan jejaka-jejaka... biarlah di katakan orang tidak cantik janji tidak membuat orang mempunyai DOSA MATA cukup....

Ada satu kejadian lucu ketika aku berada di KL baru-baru ni.  Setelah penat berjalan-jalan di Jalan TAR aku beristirehat di sebuah kedai makan yang tertera nama ZAM ZAM.  Oleh kerana waktu itu tidak ada meja kosong yang boleh untuk di jadikan tempat duduk ku, maka pekerja di kedai itu telah mnyuruh aku untuk duduk semeja dengan sepasang suami isteri yang betul-betul dah senior.  Kalau ikut attitude ku yang sebenar, aku memang payah nak cepat mesra dengan orang yang baru dikenali.  Tapi oleh kerana aku yang menumpang tempat duduk mereka, nak tak nak aku terpaksa lah memulakan bicara.  Kebetulan aku memang perlu mencari tempat untuk bersolat.  Soalan mana tempat solat itulah menjadi permulaan perbicaraan aku dan pasangan yang ku panggil pakcik & makcik itu.  Cerita punya cerita rupa-rupa mereka pernah pergi ke Kuching.  Yang banyak bercakap suami dia lah... sampai satu soalan yang pakcik itu tanya "Adik di sini duduk mana?" "Saya duduk kat Sungai Buloh rumah makcik".  "Kat sini adik buat apa?" "Suami pergi kursus, saya pulak ikut sambil bercuti".  Tiba-tiba ketika kita asyik berdailog sang isteri memberitahu suaminya "Bang jom pi kaunter bayar" "Kamu angkat lah pi bayar, abang tunggu sini..." You know what happen setelah isteri nya baru 2 langkah menuju ke kaunter? Pakcik tadi, boleh tanya kat aku dengan soalan ni lagi...."Sayang duduk kat mana tadi sayang?"  Imajinkan perasaan aku mendengar bicara seorang lelaki yang ku panggil pakcik sesenang nya menukar panggilan dari adik pergi ke sayang.... adehhhhh pakcik, awak salah orang ni.  Awak bernasib baik pakcik sebab saya tidak ada kawan, kalau saya ada kawan, memang confirm, kedai makan tu menjadi saksi betapa nyaring nya ketawa aku dan kawan ku melihat karenah ulat bulu pakcik itu... hehehe.  Mereka suami isteri berlalu sambil memberi salam.  Aku pulak yang ditinggalkan dengan muka merah kerana menahan ketawa. Kang aku ketawa orang cakap aku gila pulak... sedang kan tersengih-sengih mengenangkan perangai pakcik tersebut staff dekat ZAM ZAM Cafe ini dah pelik melihat aku... hahaha...

Hai karenah... karenah.... kalau tidak dunia ini mungkin akan menjadi bosan...anggap saja lah pakcik tadi dah nyanyuk....

Dan tolong jangan salah sangka aku tidak bermaksud untuk menyalahkan lelaki semata-mata.  Kalau perempuan tidak seksi perkara ini tidak akan berlaku kan? Sedangkan perempuan yang tidak seksi pun ULAT BULU BOLEH NAIK DAUN.....

pesanan untuk Yusnaini, lain kali jangan berjalan sorang dirik!!!

0 kamu yang sporting:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive