Followers


Daisypath Anniversary tickers

Avanza vs Alphard Toyota punya jenama

Bila Avanza di promosi 8 tahun yang lalu, salah seorang yang teruja sangat-sangat nak memiliki nya adalah Mr Asben.  Tapi masa tu, aku memang tak setuju langsung kami membeli kenderaan tersebut memandangkan ekonomi yang tidak menentu.  Lagi pun kita sudah ada kancil, cukuplah untuk menampung kami anak-beranak yang cuma 5 orang masa itu. Shaziya dan Syaima belum wujud lagi hehehe... dan tak terfikir pun akan wujud. Jauh oiii Kancil tu dipandu.  Sampai gak kami ke Kuching.  Tapi setelah hampir 2 tahun Avanza di pasaran, aku ingat keinginan Mr Asben untuk memiliki nya udah pudar tapi rupa-rupa nya percentage keinginan itu makin meningkat.  Lagipun seingat aku, time tu Avanza lah kenderaan untuk keluarga yang paling besar dan dapat menampung ramai orang di dalamnya.  Oleh kerana masa tu, aku tengah mengandungkan si Shaziya maka dan dah puas berfikir okayyy.... on jer lah.... senyum sokmo Mr Asben bila aku setuju untuk membeli Avanza hehhee.. not my money pun yg bayar tiap-tiap bulan tu.... cuma fikiran ni yang panjang sangat untuk memiliki 2 buah kenderaan.  Tapi kannnnn.....siapa yang pandu Avanza lepas tu? Kak Yus jugak yang pandu :P :P Mr Asben tetap bawak Kancil.  So lepas tu, aku guna Avanza dan Mr Asben pulak guna Kancil pergi ke pejabat masing-masing.  Bayangkan dengan perut membonyot, badan kecik pandu kereta yang besar ke ulu ke hilir anta anak sekolah, ke pasar,ke pejabat  dan aku perasan setiap kali di jalanan sure ada yang pandang aku dari kenderaan mereka lepas mereka overtake kereta aku, hehehhehe hepppp aku cantik kew kamu tengok aku macam tu? aku isteri orang tau, kalau aku keluar dari kereta ni, sure kamu lari tengok perut ku yang memboyot.   Perah Santan habissssss!!!!! mana ada orang nak puji atau nak kacau aku, tapi aku rasa kan, dia orang nak confirm ada manusia ke yang bawak kereta tu? Tengok dari belakang macam takde.  Dah dari tepi ooooo adeeee manusia rupa-rupanya cuma tak nampak ingatkan Hantuuuu... hahahhahaha....Boleh bayangkan lah bagaimana fizikal ku kan? Aku tahu kepala aku ni, memang tak lepas dari tempat duduk pemandu bab tulah orang memang tak nampak siapa pemandu nya kalau dari belakang.


Avanza ku pun warna ni jugak!


Wa ku pernah menyatakan, Badan kau besar tok, (tunjuk jari kelingking) tapi embak motor besar ya (tunjuk  ibu jari) hehehe...Nampak kah jalan ya? Ooooiiii dasyat ya Wa, tengok orang aaaa... kalah mat rempit Wa mun aku dah drep kereta tok.


Admire je pon jadilahhhhhh
Sekarang ni semua orang cakap tentang Alphard.  Ye lah kereta besau tu... yang dapat jadi rumah tu... cantik kan? Gaya keunggulan lah kalau orang yang dapat beli kereta tu... kalah harga sebijik rumah tau tak... kalau gaji tak sampai 5-20 ribu jangan mimpi lahhhh. Mr Asben pun hanya sekadar mampu memujiiii, tak pe memuji pun jadilah kerana tidak mampu memiliki hehhe.... Daripada kitak meli Alphard ya, bagus kitak molah rumah jak.  Besar-besar kit rumah di polah rindok juak hati.....

Tapi tak salah berangan kan? Andai kata, aku cuma bilang andai kata satu hari aku dan Mr Asben termampu lah membeli Alphard ni, memang bangga siot.  Al maklum lah kereta kesukaan ramai pun aku dan Mr Asben dapat memiliki, siapa tak bangga tol tak? Bohong kamu, kamu dan kamu yang tidak bangga kalau dapat beli Alphard kan?  Kocek pun bocor kotan bangga tek nak?? Nyerengang  jak idong haha


Dan kali ini setiap mata yang memandang aku pandu Alphard tu pasti akan terbit di hati mereka berkata "Sombong perempuan ya, mentang-mentanglah ngembak Alphard, orang lain ada juak Alphard sik juak kedak nya gilak".  Mana tak orang nak cakap aku macam tu, kalau Avanza orang tak nampak aku, tapi kalau Alphard, muka ku pasti terdongak-dongak sambil memandu, oiiitttt bukan sombong oiiittt tapi takut tak nampak jalan raya.... kereta tu besau tentu dalam sikit tempat duduk dia kan? Kalau aku tak dongak macam mana aku nak nampak jalanraya hehe.... Mimpilah nak memiliki Alphard, syukur ada Avanza pun jadilahhhhh... hidup biarlah ikut kemampuan kalau tidak, hidup jadi kemampusan kalau dah terlebih gaya!!


Adios POK!!! Esok jak lagik kita makan minum pagi dan tengahari.  Mulai Isnin kita berpuasa...Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.  Ampun Maaf di pinta sepanjang guro senda kita di alam maya tok.... Kelak Raya Aidilfitri mintak ampun lagik.... hehehe

2 kamu yang sporting:

Pinkbubblegumprincess berkata...

hahahhaa mun kita kecik nang org akan tetak mun mbak keta besa..bukan tetak apa nya salute senanya =)

Kak Yus berkata...

kali juak ooo, macam alien jak sidak nanga akak kecik tok mbak keta besar hehe.... anyway thanks kerna singgah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive