Followers


Daisypath Anniversary tickers

HIDUP BAGAIKAN RODA

Sepasang teruna dan dara bertemu di satu daerah yang terpencil.. Cinta berputik tidak lama, mereka terus diijabkabulkan. Si isteri baru berusia 16 thn dan si suami baru 22 thn.. Waktu itu si suami belum ada kerja yang tetap tapi sudah jodoh, org tua pun mengizinkan juga. Setelah 2 thn berkawen, maka suami isteri ini dikurniakan seorang anak perempuan yang dipanggil L. L di tatang bagai minyak yang penuh, almaklumlah, bukan mudah bagi mereka untuk mendapat anak yang pertama ini..Sayang nya si ibu tidak berupaya untuk memberi susu badan, maka anak pun di beri dengan susu cap junjong.. waktu itu, susu cap junjong adalah susu yang paling murah.. 25 sen sahaja satu bungkus.. Tapi sudah menjadi rezeki, ketika L berusia 11 bulan, pasangan ini dikurniakan lagi seorang putera. Dinamakan putera ini A. Itulah permulaan kisah Datin M dan suaminya Datuk Z


Masa berlalu dengan pantas, pasangan ini telah dikurniakan 4 orang anak, 1 perempuan 3 lelaki. Dan kesemuanya sudah berumahtangga. Kehidupan mereka pun banyak telah berubah, dari susah menjadi senang, kerana suami Datin M seorang yang sangat berusaha dalam membaiki taraf hidup mereka sekeluarga. Kerana usaha gigihnya itu, maka mereka telah di beri gelaran Datuk dan Datin.


Al kisah si C sepanjang kehidupannya dengan Datin M, banyak yg derita dari gembira. Dari seorang yang ceria, dia menjadi seorang yang pendiam. Oleh kerana dia adalah menantu yang paling bongsu, maka dia belum memahami selok belok pergaulan keluarga Datin M seutuhnya. Setelah lama bergaul maka baru di sedari bahawa keluarga suaminya tidak mempunyai kasih sayang diantara adik beradik dan sanak saudara apalagi kasih sayang dengan ipar duai.. alangkah malangnya..


Datin M mempunyai 3 menantu perempuan, menantu A, B dan C. Menantu A, walaupun suaminya bekerja dengan bapak sendiri tapi mereka tidak tinggal bersama dengan beliau kerana tidak sefahaman, manakala menantu B dan C terpaksa tinggal bersama kerana suami masing-masing pun bekerja dengan syarikat bapak mereka sendiri. No choice kata orang. Manakala L pula tinggal bersama suaminya yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Malah amat jarang menjengok orang tua walaupun dia tidak bekerja.


Datin M adalah seorang yang sangat garang. Setiap percakapan nya tidak ada yang tidak menaikkan suara. Dan jangan sekali-kali di bantah. Segala peraturan di rumah mesti diikuti dan tidak boleh dibantah.. Contohnya, air paip tidak boleh dibuka besar sangat. Buat lauk, kuah nya jangan banyak sangat. Buah buahan dalam peti sejuk jangan sesekali di makan tanpa izin dari nya. Dan pelbagai lagi peraturan yang pada fikiran menantu C, melampau sangat tapi apa kan daya, dia hanya hidup menumpang.


Satu sikap Datin M, dia suka menghebahkan dan memburukkan anak menantu di depan org lain.. Menantu C selalu menjadi mangsa. Si C pula hanya mendiamkan diri bila orang bercerita kembali kepada dia apa yang diceritakan oleh mertuanya kepada ahli keluarga yang lain tentang dirinya. Mujurlah ada pekerjaan untuk dia melarikan diri dari tekanan kehidupan di  rumah mertua sekejap.


Lain pula dengan sikap Datuk Z, dia agak bertoleransi sedikit tetapi kadang2 boleh terpengaruh juga oleh bahang si isteri.


Satu hari perniagaan Datuk Z mengalami masalah yang amat serius. Datuk Z yang bingung dengan masalah perniagaan nya itu telah jatuh sakit. Habis barang perhiasaan isteri dan harta yang ada dilelong untuk membantu perniagaan beliau. Gaji pekerja apatah lagi gaji anak2 tidak dibayar. Mujur si C ada pekerjaan untuk membantu menampung kehidupan mereka dan mertuanya. Tapi sayang pengorbanan si C tidak pernah dihargai. Malah si C tetap menjadi mangsa umpatan Datin M sekeluarga..


Oleh kerana si C hilang kesabaran kerana si suami tidak ada mempunyai pendapatan, maka beliau menyarankan agar suaminya mencari pekerjaan lain.. Dengan takdir Allah dan sudah menjadi rezeki maka suami si C dapatlah satu pekerjaan yang amat menjamin masa depan mereka sekeluarga. Tapi suami si C belum berani menghebahkan berita tersebut kepada bapaknya sehinggalah satu hari jiran mereka memberitahu Datuk Z bahawa dia dan suami si C telah mendapat pekerjaan di satu tempat yang sama. Maka riuh lah mereka sekeluarga sehingga Datuk Z menuduh suami si C telah terpengaruh dengan kata-kata isteri. Betapa sedihnya si C.


Nak dijadikan cerita, dlm goyahnya perniagaan mereka Datuk Z telah pergi buat selama-lamanya. Tinggal Datin M keseorangan di rumah besar mereka. Ini kerana, menantu C telah menyewa sebuah rumah lain semenjak suaminya mendapat pekerjaan baru manakala menantu B dan suami pula juga telah tinggal di rumah sewa lain setelah suami si B mendapat pekerjaan di syarikat abang iparnya sendiri. Suami si A juga telah mendapat pekerjaan yang baru di sebuah syarikat perkayuan.  


Waktu ini lah bermulanya episod kehidupan Datin M. Dari ada pasangan ke sana ke sini kini tinggal keseorangan. Anak2 cuma dpt menjengok hujung minggu sahaja kerana hari2 lain mereka sibuk dengan tugasan masing2. Manakala L pula semakin jarang menjengok maknya semenjak bapaknya meninggal dunia. Ini kerana L lebih rapat dengan Datuk di banding dengan Datin. L amat tidak menyenangi sikap maknya yang garang dan sangat berdendam dengan sikap mak nya itu.


Pada suatu hari Datin menyuarakan hasrat untuk menjualkan kereta dan rumah peninggalan suaminya kerana masalah kewangan yang tidak mampu di bendung lagi. Maka terjual lah harta2 tersebut. Datin M tinggal dengan siapa selepas itu? Datin M tinggal dengan menantu C yang selalu di cerca dihina, diumpat oleh beliau dahulu. Semua sanak saudara terkejut kerana Datin M selalu memberitahu keburukkan menantu C kepada mereka suatu ketika dahulu.


Selama beberapa tahun Datin M tinggal bersama dengan menantu C. Kehidupan dengan menantu C, walaupun tidak mewah sekurang-kurannya ada. Dapat dihitung dengan jari anak-anak yang lain datang melawat beliau. Sekali sekala suami si A ada juga datang melawat.  Kadang-kadang anak2 terutama suami si B hanya datang sekadar meminjam wang. Wang walau tinggi menggunung sekali pun jikalau sentiasa di ambil dan tidak di tambah maka habis lah juga. Begitulah juga dengan wang Datin M. Satu hari Datin M, telah jatuh sakit. Beliau kehilangan keupayaan untuk berjalan. Pandangan mata pun semakin kabur. Maka Datin M, telah meminta izin anaknya untuk kembali ke kampung asalnya agar dia dapat merehatkan dirinya dan beliau lebih menyenangi jikalau kakak atau anak saudara nya memelihara beliau ketika beliau sakit. Walaupun sudah ditentang keras oleh suami si C, kedegilan Datin M tidak dapat diatasi. Maka tinggal lah beliau bersama dengan kakak dan anak saudara beliau hampir 1 tahun.


Di dalam masa itu, suami si C telah di beri arahan oleh pihak atasan untuk berpindah tempat kerja. Maka secara tidak langsung, si C pun memohon untuk berpindah juga. Maka tinggal lah bandar yang telah mendewasakan si C bertahun lamanya. Tidak lama selepas berpindah tempat bertugas, Datin M meminta suami si C agar menghantar dia kembali semula ke bandar tersebut. Penghantaran pun berlaku lagi. Sekarang Datin M tinggal bersama dengan anak lelakinya iaitu suami si B. Datin M walaupun sakit, tutur kata yang kasar belum dapat lupus dari hidupnya. Menantu B yang amat sabar pada mulanya dengan karenah Datin M, telah mengabaikan tanggungjawab beliau untuk menjaga Datin M. Keadaan ini amat menyedihkan Datin M dan sekarang beliau terkenang-kenang kan menantu C yang sudah jauh di mata. Tapi apa kan daya, waktu tidak dapat di ulang kembali.  Bertahun  telah berlalu, penyakit Datin M belum juga sembuh.  Sekarang Datin M, dijaga oleh anak lelaki sulongnya iaitu suami si A.  Datin M sekarang sudah insaf.  Perhubungan dengan menantu A berjalan dengan baik sekali.  Dimana L? L lansung tidak peduli tentang mak nya.  Bagi nya dunia nya hanya suami dan anak-anak....Datin M adalah diluar dari pemikirannya... Nauzubillah...

Begitulah kehidupan seorang Datin, dari hidup susah menjadi senang dan kembali menjadi susah. Dari sihat menjadi sakit. Dulu orang bergantung hidup kepadanya, sekarang dia pulak yang bergantung hidup kepada orang. Kalau ketika senang kita berbaik dengan sesama keluarga, anak dan menantu maka waktu kita susah, budi kita akan dikenang oleh mereka sampai akhir hayat. Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tidak ada gunanya. Jangan sesekali suka berburuk sangka sesama manusia. Jangan berdendam, jangan dikenang kisah silam, buang kanlah yang keruh ambik kan lah yang jernih..


Sebagai mak mertua, Datin M tidak sepatut nya berbuat jahat dengan menantu. Jangan kerana dia yang lebih tua, hidup senang, maka dia boleh berbuat sesenang hati kepada menantu.. Allah maha melihat dan mendengar.


Dan sebagai anak atau menantu, baik buruk mak atau mertua mereka tetap orang tua kita. Allah akan membalas segala keburukkan dan kebaikkan yang kita berikan kepada mereka sewaktu hidup mereka.


Moga menjadi pengajaran kepada kita semua.. HIDUP BAGAI KAN RODA... sewaktu kita sihat dan kaya, orang sayang dan takutkan kita. Tetapi ketika kita sudah tua, sakit dan miskin.. kasih sayang melayang dan orang pun tidak pedulikan kita...


5 perkara sebelum 5 perkara harus sentiasa diingati iaitu:-

  • masa muda mu sebelum dtgnya hari tua
  • masa sihat mu sebelum engkau dilanda sakit
  • masa kaya mu sebelum engkau jatuh papa
  • masa lapang mu sebelum dtgnya waktu sibuk dan 
  • masa hidup mu sebelum dtg saat kematian
SUBHANALLAH...


**Sungguh percaya susu ibu sangat baik di dalam membina silaturahim antara ibu dan anak.





0 kamu yang sporting:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive