Followers


Daisypath Anniversary tickers

2 NEGARA & 2 KASIH SAYANG BERBEZA

CERITA 1
Ibu Di Gaza Tahan Hasrat Bersalin
berikutan terperangkap akibat serangan Israel

Artikel tok aku ambik dari berita harian online.... kejut ku coz sik dapat ku bayangkan mun nahan dirik dari beranak sedangkan baby dah nak keluar... sakit ajak lah ooo... Ishh..! sik dapat ku bayangkan. Kotan sayang gilak dengan anak sanggup sidak nya. Mun ekot, 10 hari overdue doktor dah bisin bah!
Betapa untongnya kita di bumi merdeka tok. Alhamdulillah...


BAYANGKAN kesakitan yang perlu ditanggung ramai golongan ibu warga Palestin yang sarat mengandung kerana sanggup menahan diri daripada melahirkan anak berikutan bimbang bayi yang dilahirkan itu kelak mati akibat serangan roket atau bom fosforus Israel.

Golongan ibu malang ini dikatakan sengaja menahan diri daripada rasa ingin bersalin menyebabkan mereka mengalami kesakitan melampau selain bayi dikandung berdepan risiko hampir lemas di dalam perut.

Bagaimanapun kebanyakan golongan ibu berkenaan yang terperangkap di dalam rumah mereka di kawasan perkampungan yang diserang rejim Zionis berjaya diselamatkan sebelum dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Seorang daripada mereka, Baayah El-Kudsi, 28, berkata, dia yang sepatutnya melahirkan bayi akhir Disember lalu terpaksa menahan hasrat ke hospital selepas perkampungan Deir El Balah yang didiami diserang bertalu-talu dengan roket.

Katanya, serangan roket dan bom daripada helikopter Apache dan jet F-16 Hornet tentera Zionis itu menyebabkan dia dan ibu mentuanya hanya mampu berlindung di sebuah bilik bawah tanah di rumahnya itu.

"Serangan berkenaan yang berlaku tidak kira masa berlarutan lebih seminggu menyebabkan kami terus terperangkap dengan hanya berbekalkan roti kering dan botol minuman berisi air. Ketika itu, bayi dalam kandungan saya mula turun ke rahim dan menandakan tempoh melahirkan semakin dekat," katanya.

Katanya, dia yang bimbang bayinya terkorban atau terhidu debu fosforus sedaya upaya menahan rasa sakit supaya bayinya itu terus berada di dalam perut.

"Keadaan ketika itu tidak mengizinkan saya untuk melahirkan bayi berikutan tiada doktor dan peralatan perubatan. Saya bimbang bayi saya akan mati jika niat itu diteruskan," katanya.

Beliau berkata, selepas dua minggu melawan rasa ingin bersalin, dia akhirnya dibantu oleh seorang petani sebelum dihantar menaiki sebuah lori sayur ke Hospital Al-Quds untuk bersalin.. Bayi itu dinamakan Bilal Jariun (berani),

Sementara itu, Wartawan Berita Harian yang berkunjung ke Hospital Pediatrik al-Nasser mendapati rata-rata bayi yang dirawat di hospital berkenaan masih keadaan lemah dan diberi rawatan rapi akibat dilahirkan terlalu awal atau terlalu lewat.


CERITA 2

Bayi dibuang disangka anak kucing


BAYI yang ditemui di Flet Cempaka Nilai.


Tapi kotan dah merdeka gilak, sukati jak buang anak. Jaik ati nanga mukanya. Aku part baby-baby tok sensitif koh!... Coba carik org yang benar-benar maok anak, jgn lah di buang macam ya... Tok aku malas mun dah nemu cerita2 camtok, nak kah dah ngerepak dah aku... :(


NILAI: "Dari jauh, saya sangka benda yang bergerak-gerak dalam balutan tuala itu adalah anak kucing, tetapi apabila semakin dihampiri, saya terkejut apabila mendapati rupa-rupanya seorang bayi lelaki yang comel," kata suri rumah, Paridah Wahab, 38.

Katanya, bayi berkulit sawo matang itu lengkap berpakaian serba biru daripada topi, sarung tangan, baju, seluar hinggalah kepada tuala yang membalutinya dan tidak menangis ketika ditemui di hujung kaki lima tingkat dua Flet Cempaka, dekat sini, kira-kira jam 6 petang kelmarin.

Katanya, turut ditemui, sebuah beg plastik mengandungi barangan keperluan bayi iaitu botol susu, susu, lampin pakai buang, bantal dan selimut.

"Saya sedih kerana bayi ini dibuang, tetapi percaya orang yang membuangnya masih menyayanginya. Mungkin ada sebab tertentu menyebabkan dia terpaksa meletakkan bayi itu di situ dengan harapan orang ramai menemuinya dan menyerahkan kepada pihak berkuasa," katanya ketika ditemui, di kawasan perumahan itu di sini, semalam.

Paridah berkata, kejadian itu adalah pertama kali berlaku di flet itu dan percaya dilakukan orang luar kerana kawasan itu sunyi pada pada siang hari kerana penghuninya keluar bekerja.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata pihak polis dihubungi orang ramai yang memaklumkan penemuan bayi itu kira-kira jam 6 petang dan sepasukan anggota polis kemudian ke tempat kejadian.

Beliau yang ditemui ketika melawat Balai Polis Telok Kemang, Port Dickson, yang dicalonkan untuk pertandingan Balai Polis Tercantik Zon Selatan, semalam, berkata siasatan awal mendapati bayi itu dipercayai berusia kira-kira sebulan, tetapi keturunannya belum diketahui.

"Polis menghantar bayi itu ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk pemeriksaan kesihatan dan mendapati keadaan fizikalnya sihat. "Kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya. "Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti individu yang bertanggungjawab membuang bayi itu kerana maklumat awal mendapati penduduk di situ tidak nampak kelibat orang yang mencurigakan datang ke flat berkenaan dan membuang bayi terbabit," katanya.



6 kamu yang sporting:

Jamilah Haneef berkata...

ya Allah... giney orang kempang ati muang miak baruk besar ya owh.. o tedah.. jaik ati nangga muka nya eh..

Khairul Onggon berkata...

Edeh.. maknusia kah yg muang baby ya?? Huhu.. nang manusia tok dahlah molah dosa.. anak dibunag mun mati dah tambah dosa agik..

Kak Yus berkata...

>> mak moden n onggon, yalah cam nay perasaan sidak waktu ninggal nya sorang-sorangkah? sik ada fikiran langsong. Pusak gik sik ninggal anak mcam ya!

bunga berkata...

kes gaza :
tedah naa juak ngan sidak ya owhh...nama sayang ngan anak eyhh..nasib sik lemas baby ya lam perutt...

kes gila :
INGGA MEK NGAN ORANG MUANG ANAK KOHH!polah brani,mok nanggong sik branii...sik pk kah nya,9 bulan anak ya lam perut nyaa...skati2 jak mok muang anak..BODOH!

x berkata...

Mek penah difowed sigek emel nok ada ngesor gamba-gamba baby nok dibuang. Subhanallah. Nang alu rasa sik tenteram ati mek sehari-hari ya tek. Orang lain bukan main gik ingin ada anak...sidak skati jak muang anak.

Kedak kitak, mek tok pun nang sensitip hal baby tok...

Kak Yus berkata...

kmk ada juak ari ya koh zatil.. sik kempang kmk nanga nya, trus di delete mek...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive